Sabtu, April 17, 2010

PRK Hulu Selangor.

Jam 8 pagi tadi telah berlansung Sesi Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor P94. Sesi telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Hulu Selangor turut dihadiri tidak kurang daripada 100 orang Penyokong. Semalam SPR memaklumkan sebanyak 37 borang Penamaan Calon telah terjual.

Setelah selesai, calon yang sah bertanding adalah seramai 4 orang. Calon Barisan Nasional adalah calon nombor 2 manakala calon PKR nombor 4. Jika mengikut tafsiran bangsa Cina, nombor 4 membawa maksud malang atau mati. Sejauh mana kebenarannya kurang pasti.

Sewaktu sesi penamaan calon berlansung ribuan penyokong kedua-dua belah pihak berhimpun diluar dewan. Mereka yang sepatutnya berpecah dalam jarak yang jauh entah bagaimana telah bertembung dihadapan pintu Masjid Daerah. Hal ini telah menghangatkan keadaan apabila penyokong pembangkang telah memasuki kawasan yang telah ditetapkan kepada BN. Turut sama terlibat dan kelihatan ialah Tian Chua.

Secara tidak lansung, beberapa siri pertempuran dan adegan tolak menolak telah berlaku. Namun dengan tindakan pantas pihak polis serta FRU, keadaan menjadi tenang sementara. Kedua-dua pihak telah berjaya dipisahkan dalam jarak tidak sampai 10 meter.

Walaubagaimana pun, penyokong-penyokong pembangkang yang tidak ada modal mula menjerit perkatan provokasi. Mereka menggunakan isu UMNO-APCO bagi menggantikan laungan Allahuakbar sebagai 'tagline' mereka. Namun provokasi mereka tidak berjaya mematahkan semangat Pemuda-Pemuda BN yang berbaju Merah, Oren dan Hitam.

Melihat keadaan ini, mereka mula melemparkan air botol, kayu malah batu ke arah penyokong BN sehingga ada yang tercedera. Penyokong-penyokong pembangkang juga turut menggunakan kawasan Masjid sebagai kubu mereka.

Jika mereka yang berkubu didalam kawasan Masjid itu terdiri daripada kalangan orang Islam tidak mengapa. Turut kelihatan orang bukan Islam yang tidak menutup aurat berkeliaran dalam kawasan Masjid. Pembangkang yang terdiri dari kalangan warga PAS yang sudah berusia dan yang masih muda dilihat hanya membiarkan sahaja perkara ini berlaku.

Sesi penamaan calon tamat pada jam 12.30 tengahari. Ke semua penyokong mula beredar meninggalkan kawasan dengan sampah sarap ditinggalkan merata-rata. Tidak ketinggalan sampah sarap didalam kawasan Masjid.

Fikirkan lah. Adakah ini senario yang mahu kita lihat berlaku setiap hari? Pembangkang terutamanya hidup bersandarkan Demonstrasi Jalanan sehingga tidak menghirau hukum. Bukan mereka tidak tahu hukum-hukum tersebut, tetapi mereka sanggup menggadaikannya semata-mata mahu mencapai matlamat mereka. Adakah ini golongan yang mahu kita jadikan sebagai pemimpin? Rakyat Hulu Selangor tahu apa yang mereka harus lakukan. Buatlah pilihan yang terbaik. Jangan pilih jalan maut. Dan ingatlah:Masjid tempat beribadah. Bukan tempat bersembunyi kerana takut tembelang sendiri. Sayangi Selangor, Yakini BN.

Fikir-fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping