Jumaat, April 23, 2010

PRK Hulu Selangor - P94

22 April 2010 - Hari ini jalan menghala ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pekan Serendah agak sibuk dengan kenderaan dan manusia. Hampir seluruh penduduk tempatan disana telah berhimpun nantikan ketibaan Tun Dr. Mahathir Mohamad (TDM).

Sebelum itu, kelibat Calon Barisan Nasional sempat dirakamkan oleh lensa Semut Hitam sedang beramah mesra dengan seorang warga tua. Walaupun berkerusi roda, beliau sanggup turun ke padang untuk bersama-sama dengan masyarakat tempatan.








Kehadiran TDM memang sudah ditunggu-tunggu sejak dari awal pagi tadi lagi. Malah beberapa spekulasi sudah pun berkumandang disaluran-saluran pembangkang mempertikaikan ketibaan beliau. (Sila rujuk - Klik Disini Dan Disini).

Kehadiran TDM telah disambut dengan hadirin seramai hampir 800 orang lelaki dan wanita, tua dan muda serta dari pelbagai kaum.

Sesi ceramah beliau bukan sahaja memperkatakan mengenai bangsa, tetapi turut merangkumi isu-isu semasa dan latarbelakang 'Sahabat-Sahabat' beliau yang terdahulu.

Dalam sidang akhbar, seperti yang dijangkakan soalan pertama yang ditanya ialah mengapa beliau tukar pendapat untuk turun berkempen secara tiba - tiba. Jawapan mudah diberikan TDM:

"Saya tidak mahu mengembar-gemburkan dan bagi tahu saya nak datang. Kalau saya bagi tahu saya nak datang, orang akan ternanti-nanti. Jadi bila orang tanya, saya kata saya tak datang".

Beliau juga turut menafikan penglibatan anak beliau dalam sebuah syarikat arak. Kisah sebenarnya, anak beliau hanya terbabit dalam urusan untuk menukar jenis perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersebut.

Nah! Inilah akibatnya apabila kita suka membuat spekulasi yang bukan-bukan. Yang malunya kita sendiri.

TDM telah membuktikan bahawa beliau tetap bersama UMNO dan Barisan Nasional. Kehadiran beliau sahaja sudah cukup untuk menutup sebarang spekulasi yang dimainkan oleh pembangkang.

Inilah seorang Negarawan yang ulung. Beliau masih berpegang kepada Cogankata "Bersatu, Bersetia, Berkhidmat". Bukan seperti sesetengah Pemimpin lain yang mudah tersinggung lalu keluar parti. Seorang lelaki yang berusia 85 tahun tetapi jatidirinya tetap teguh.

Adakah Pemimpin-pemimpin pembangkang tidak berasa malu dengan tokoh seperti TDM ini? Mana mahu disorokkan muka Chua Jui Meng, Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan Calon PKR, Zaid Ibrahim yang telah membelot? Tidak malukah mereka yang mahu diri mereka digelar pemimpin?

Fikir-fikirkan lah. Sayangi Selangor, Yakini BN.

(Untuk Video Penuh sila Layari P94).
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping