Selasa, Mei 04, 2010

Salam 1Malaysia.

Sehari selepas keputusan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, Semut Hitam melaporkan penafian Nik Aziz mengenai Isu Pengunaan Masjid sebagai tempat berpolitik. Klik Disini.

Ini bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh sahabat beliau sendiri dalam PAS, Dr Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Kemudian keluar pula titah baginda Sultan Selangor terhadap penguatkuasaan larangan tersebut. Klik Disini.

Baginda menyatakan bahawa kesucian Masjid dan surau itu tidak sesuai dijadikan tempat menabur fitnah dan mengadu domba.

Namun kedua - dua perkara ini tidak diendahkan oleh sama ada Nik Aziz atau pun penyokong - penyokong beliau. Malah beliau turut menyatakan bahawa larangan tersebut adalah BODOH.

Hari ini, sekali lagi Dr Hassan Ali telah menyatakan pendirian PAS Selangor mengenai larangan tersebut. Kenyataan tersebut telah dipaparkan dalam Malaysiakini.

Dah tiga kali Nik Aziz ditegur mengenai perkara ini. Bukan oleh orang luar (jika beliau anggap Sultan Selangor sebagai orang luar) tetapi sahabat seperjuangan beliau sendiri.

Apa lagi yang hendak kita lakukan atau kita katakan sekiranya seseorang itu enggan mendengar nasihat orang lain selain bodoh sombong?

Bayangkan, sesama mereka pun tidak ada persefahaman inikan pula mahu menyatukan Perpaduan Ummah? Tidak hairanlah kenapa Nik Aziz menolak cadangan Perpaduan dengan UMNO dahulu sebelum ianya dibawa berbincang.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping