Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Apa nak jadi dengan Pakatan Reput ni ye. Dah la menipu, hari ni siap nak ambik kesempatan mengaut keuntungan pulak lagi.
Ekoran berita mengenai tindakan ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh yang keluar parti semalam, DAP Perak akan menguatkuasakan perjanjian yang mensyaratkan setiap wakil rakyatnya membayar gantirugi sebanyak RM5juta seorang.
Berita selanjutnya, klik sini.
Mereka akan mengambil tindakan menguatkuasakan perjanjian tersebut selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat pada 28 Jun nanti.
Eek, macam mana pulak tu? Perjanjian dibuat selepas PRU tetapi penguatkuasaannya baru nak buat? Pelik jugak bunyinya.
Pengerusi DAP Perak itu juga turut menyatakan:
"Kita telah memutuskan perjanjian itu perlu ditandatangani setiap calon yang dipilih mewakili DAP pada ketika itu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Keshvinder Singh dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong,"
Kenapa sebelum ini, sewaktu Hee Yit Foong keluar parti tak pulak disebut mengenai perkara ini? Kenapa baru sekarang nak dikuatkuasakan?
Fikir - fikirkan lah.
Ps: RM 5juta kali dengan dua orang ADUN banyak sikit dapat kot. Kalau sorang tak berbaloi.
tumpang tanya, semut hitam orang pahang ke?
BalasPadam