Assalamulaikum dan Salam 1Malaysia.
Salah satu dasar sesebuah negara komunis seperti Korea Utara adalah semua sumber dalam Negara merupakan hak milik Kerajaan.
Sebagai contoh, jika rakyatnya berniaga maka perniagaan itu adalah milik kerajaan. Hasil keuntungan dari perniagaan tersebut hendaklah diserahkan kepada Kerajaan. Peniaga hanya akan diberikan sejumlah yang komisyen sebagai gaji mereka berniaga. Begitu juga dengan pemain bolasepak mereka, juga hak milik rakyat.
Tidak hairanlah kenapa selama ini, Negara China merupakan sebuah negara yang paling ramai rakyatnya menggunakan basikal kerana hanya basikal sahaja yang layak dibeli oleh rakyat.
Di Malaysia, biarpun belum memerintah, DAP sudah pun melaksanakan dasar komunis ini.
Lihat sahaja perjanjian yang mereka buat dengan ADUN yang menang pilihanraya. Secara dasarnya, ADUN, Pemimpin dan seluruh ahli DAP adalah hak milik DAP sahaja. Hidup dan mati mereka hanya untuk DAP.
Maka, untuk mereka keluar dari parti tersebut, mereka akan dikenakan bayaran tuntutan ganti rugi yang tinggi.
Mana demokrasinya? Adakah DAP juga akan jadi seperti Korea Utara yang mana mereka hanya menggunakan perkataan Demokratik sebagai slogan dan bukan pelaksanaan?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.