Isnin, Jun 14, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Semut terima satu pautan kepada nota hasil nukilan Tulangbesi Malaysianwave.

Si TB Karat ni mempertikaikan harga Proton yang dijual didalam Malaysia hari ini hampir sama dengan BMW. (Klik Sini) Beliau juga turut mempertikaikan duti import kenderaan di Malaysia. (Klik sini pulak)

Semut pernah menceritakan rungutan seorang rakan yang tinggal di Kuala Lumpur sedikit masa dahulu. Beliau merungut mengatakan bahawa kos sara diri di Ibukota terlalu tinggi dan kebanyakkannya berkaitan dengan kenderaan. Minyak, Tol dan sebagainya. (Imbas Kembali).

Satu perkara yang terlintas dalam fikiran Semut. Si TB Karat ni tak bangga ke nilai harga kereta tempatan berjaya menyaingi kereta luar negara?

Lagi satu. Mungkin langkah kerajaan mengenakan cukai tinggi kepada kenderaan adalah untuk mengurangkan bilangan kereta yang sedia ada dijalan raya hari ini.

Tengok di sekolah - sekolah pun sudah cukup. Dulu, kita pergi sekolah naik bas atau kayuh basikal sahaja. Hari ini, murid pakai kereta kalah cikgu mahupun Pengetua.

Statistik kematian dalam Malaysia juga banyak menunjukkan masyarakat lebih banyak mengalami kemalangan jalan raya dari sakit jantung.

Bersyukurlah dengan nikmat Allah S.W.T. Tujuan kenderaan dicipta hanya untuk membawa kita dari satu tempat ke tempat lain sahaja. Tahan la ada kereta. Kalau di sekatnya, naik basikal la kita. Lagi teruk Jalan kaki. Sihat juga tubuh badan.

Kalau dah kereta Proton sama harga dengan BMW, beli la BMW. Nak merungut buat apa lagi.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Teringat kisah kemalangan maut 6 sekeluarga tempoh hari. Jadikanlah ianya sebagai satu pengajaran. Al-Fatihah.

2 ulasan:

  1. Seronok jumpa semut hitam semalam

    BalasPadam
  2. Insya Allah.

    Panjang Umur, Mudah rezeki kita jumpa lagi.

    Teruskan perjuangan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping