Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Ini satu lagi kisah teladan yang boleh juga kita kaitkan dengan politik semasa. Kisah ini semua orang tahu ceritanya, tapi seperti biasa, kita buat tak tahu je moral cerita tersebut.
Semua orang pernah dengar cerita Seorang Alim dengan Syaitan. Disebuah kampung, ada sebatang pokok yang selalu menjadi tempat 'Pujaan' orang kampung.
Melihat perkara mungkar itu terus berlaku, maka si Alim tadi bernekad mahu menebang pokok tersebut. Niat beliau telah dihalang oleh Syaitan yang menjadi penghuni pokok tersebut. Maka mereka pun bertarung.
Dalam pertarungan itu, syaitan tadi kalah. Maka dibuatnya tawaran kepada si Alim tadi dengan memberikannya tiga keping wang emas setiap hari. Si Alim pun bersetuju.
Pagi pertama, memang ada tiga keping wang emas itu. Hari kedua, tinggal dua. Masuk hari ketiga, tinggal satu keping sahaja. Pada hari ke empat pula, si Alim melihat tidak ada lansung wang emas yang ditinggalkan.
Marah kerana merasa diri ditipu oleh Syaitan, maka si Alim kembali membawa kapak untuk menebang pokok tersebut. Kali ini, beliau tetap dihalang oleh Syaitan kecuali kali ini, Syaitan yang menang.
Kerana apa syaitan menang? Sebab si alim niat nak tebang pokok bukan mahu menghalang perkara mungkar. Tetapi sebab marah akibat ditipu oleh Syaitan.
Moral of the story?
Satu je. Niat untuk melakukan kebaikan itu sepatutnya lebih kuat dari harta dunia. Janji la macam mana pun, yang penting kebenaran itu harus ditegakkan walau dengan cara mana sekali pun.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Macam janji "Orang tu la". Janji nak bagi kuasa kat si polan dan si polan. Janji nak rampas itu ini. Sekarang, apa cerita? Kan Si Alim dah kena tipu dengan Syaitan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.