Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Ada sesetengah perkara kita boleh gambarkan dengan visual sama ada bergerak atau pegun. Tetapi ada juga perkara hanya perlu diluah dengan kata - kata.
Kata - kata itu sahaja sudah cukup untuk memberi gambaran terhadap sesuatu masalah, perkara, imej dan perilaku seseorang.
Semut sebenarnya hairan melihat Pemahaman sesetengah pihak terhadap perjuangan politik. Mereka mudah beralih ke arah peribadi daripada kepentingan sejagat. Baca blog RBF untuk mengetahui seterusnya.(Klik Sini)
Ambil contoh mudah. Soalan tipikal Melayu sebelum ini (Klik Sini) telah menceritakan mengenai ahli biasa di Cawangan. Yang peliknya, ahli di Pertingkat Bahagian begitu juga rupanya. 'Mentalah' lagi la mereka yang duduk di Pusat.
Mudah sangat di'Cucuk' dengan kata - kata:
Apa guna jadi AJK kalau lansung tak dapat apa-apa? Apa kelebihannya jadi AJK ni kalau begitu? Takde pun.
Orang - orang seumpama ini seharusnya sudah lama berkubur dari dunia politik. Nak cari kesenangan hidup peribadi sila KELUAR dari Politik. Buat semak je.
Kerana Nama, Pangkat dan Harta, mereka sanggup melihat sesama mereka berbalah. Memecah belahkan Ummah. Ini Perjuangan mereka?
Fikir - fikirkan lah.
Salam Tuan tanah,
BalasPadamPolitik kini dah dikorporatkan sebagai satu cabang bisnes oleh segelintir manusia. Baik didalam Pas, PKR mahupun UMNO. Semuanya sama saja karenahnya.
Yang teruk diperah keringatnya adalah marhaen diperingkat bawah. Yang atas dan yang ada kuasa walaupun sedikit, semuanya berjuang demi survival poket masing2.
Ini hanya sekadar pandangan ikhlas dari sy untuk yg hidup sahaja, tak ada kena mengena dengan yang dah mati.