Khamis, Julai 29, 2010

"...Tak Boleh Sign Ma. Saya Cuti..."

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Lagi satu insiden pelik yang dilakukan oleh pemimpin - peminpin Penipu Rakyat di Selangor hari ini. Boleh pulak Menteri Besar bagi cuti kepada Ahli Majlis Perbandaran Klang?

Khalid Ibrahim hari ini memaklumkan Tee Boon Hock yang juga merupakan ahli Majlis MPK diarahkan bercuti sementara siasatan dijalankan. Siasatan yang dimaksudkan adalah berkenaan isu penyalahgunaan kepala surat dan cop rasmi Exco kerajaan negeri untuk mendapatkan tender MPK.

Beliau memberitahu bahawa Boon Hock sudah sedia maklum dengan arahan tersebut dan dengan rela hatinya untuk bercuti buat sementara waktu. Manakala Jabatan Audit Negeri telah diberi arahan untuk menyiasat dakwaan penyalahgunaan kepala surat dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kajian Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor. Portfolio tersebut di pegang oleh Ronnie Liu.

Boon Hock bagaimana pun telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah ahli majlis MPK yang dikatakan melakukan perkara tersebut.

Hairan kan. Katanya dia tak buat. Jadi apa jadahnya dia diarahkan bercuti? Bercuti untuk apa? Boon Hock ni berkerja ke dengan MPK tu? Setahu Semut, ahli Majlis ni biasanya orang luar dari MPK tu. Wakil yang dilantik dari kalangan orang persendirian atas kapasiti politik. Mereka bukan Staf MPK.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping