Khamis, Julai 29, 2010


"...Mana Lagi Gua Mau Lali Ni? Haiya..."

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini mencabar UMNO untuk membuktikan mana - mana Negeri pembangkang yang menghalau Melayu dari kawasan kediaman mereka terutamanya di Pulau Pinang. Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan desakan ke atasnya mengenai isu Kampung Pokok Asam.

Jelas beliau, isu kampung tersebut bukan urusan kerajaan negeri tetapi perintah mahkamah yang meminta agar penduduk kampung tersebut berpindah kerana ia telah dimiliki oleh pihak pemaju persendirian. Oleh itu beliau menyatakan tindakan yang dilakukan oleh pemaju terbabit bukanlah tindakan kerajaan negeri.

"...Mana ada individu yang Kerajaan Pakatan Rakyat halau. Kalau ada berikan saya satu nama, melainkan ia adalah arahan mahkamah kerana pemaju telah membeli tanah yang mereka diami dari pemilik asal. Macam tu kita tak boleh buat apa sebab tanah swasta..." Laporan Malaysiakini.

Alasan yang diberikan oleh beliau sebagai Ketua Menteri sukar diterima akal seperti kata peribahasa Inggeris, 'Lame Excuse'. Ianya hanya dijadikan alasan untuk menutup kesalahan beliau sendiri semata - mata.

Apa gunanya beliau menjadi seorang Ketua Menteri sekiranya perkara seumpama ini pun beliau tidak boleh atasi? Logiknya, pembelian tanah tersebut harus melalui kerajaan negeri atau setidak - tidaknya mendapat kelulusan kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum ia dapat dibangunkan.

Adalah tidak munasabah sekiranya pemaju membeli tanah tersebut dari pihak penduduk setempat kerana mereka yang membantah. Bermakna mereka sendiri tidak tahu bahawa tanah tersebut sudah dijual. Mana logiknya? Mereka jual tanah tapi selepas itu mereka bantah dan menyatakan bahawa mereka tidak tahu tanah tersebut sudah dijual?

Adakah Ketua Menteri itu mahu menyatakan bahawa penduduk kampung berkenaan bodoh?

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Salah sendiri tak nak mengaku, asyik nak cari salah orang je si Khalifah DAP ni. Tak Malu ke jadi Ketua Menteri? Baca Pisau.net.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. dasar cina yahudi penipu,melayu masih lagi duk puji .tahniah melayu yang tak reti

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping