Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Masalah isu kelulusan permit Suara Keadilan dan Roket milik parti PKR serta DAP masih belum selesai.
Menurut Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Datuk Abu Seman Yusop, masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan dan di perjelaskan oleh kedua - dua pihak bagi memeperbaharui permit akhbar - akhbar tersebut.
Selain ruangan Bahasa Tamil dan Inggeris bagi akhbar Roket telah tamat tempoh permitnya pada bulan Mac dan Jun yang lalu. Manakala ruangan bahasa Cina dan Bahasa Melayunya pula telah tamat sejak September serta November tahun lalu.
Pegawai - pegawai KDN sebelum ini telah bertemu dengan pihak pengurusan kedua - dua akhbar dan akan bertemu semula bagi membincangkan perkara yang berkaitan. Sehingga hari ini, kedua - dua permit masih tidak diluluskan dan penjualannya masih digantung.
Namun, apa yang Semut dapat lihat masih ada lagi kedua - dua akhbar dijual di kedai - kedai runcit baru - baru ini. Harakah takpe lah sebab permitnya dah diperbaharui.
Dalam ertikata lainnya, Suara Keadilan dan Roket yang masih ada tu dijual secara HARAM.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Kenapa la degil sangat manusia ni ye?
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.