Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kesempatan membaca tajuk akhbar hari ini menyentuh sanubari Semut. Mana tidaknya, 300 orang pelajar membuat demonstrasi aman. Pelajar!!! Bukan Orang tua.
Jika difikirkan, seandainya keadaan dan corak bantahan seumpama ini berterusan, ke mana hala tuju generasi akan datang?
Tapi ada baiknya juga. Sejak dari kecil lagi mereka sudah pandai menilai dan menuntut hak mereka terutama dalam bidang pelajaran. Bayangkan, sebuah Institut Yayasan Kerajaan Negeri boleh ditutup begitu sahaja tanpa notis? Tidakkah zalim tindakan tersebut?
Berikutan IKYS atau nama penuhnya Institut Yayasan Selangor di Bagan Terap yang ditutup hari ini memberi gambaran betapa hipokritnya perjuangan Penipu Rakyat ini. Nama pun dah Penipu Rakyat (PR), inikan pulak nak membiayai Pembelajaran anak tempatan.
Dilaporkan bahawa Institut tersebut ditutup kerana tidak membawa sebarang keuntungan kepada pihak Yayasan Selangor.
Selain itu, PAS hari ini menyatakan pendirian mereka mengenai Isu Perpaduan yang dikemukan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidin Yassin sebelum ini.
Kepimpinan PAS Pusat terutamanya menolak mentah - mentah soal Perpaduan Ummah yang juga menjadi salah satu tuntutan syariat Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi. Kononnya kata mereka dasar UMNO tidak selaras dengan tuntutan Agama.
Maka, pada pendapat mereka Perpaduan Ummah bukan tuntutan agama.
Itu belum berjumpa lagi. Belum ada sebarang rundingan lagi. Dah macam - macam yang mereka tuntut. Perjuangan Islam katanya?
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Kejam macam Yahudi. Nak buat Perpaduan pun banyak pulak alasannya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.