Isnin, Julai 19, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Beberapa hari yang lalu, sibuk orang UMNO terutamanya Pemuda menceritakan mengenai niat Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairi Jamaludin yang bercadang untuk tidak mempertahankan kerusinya sebagai Ketua dalam tahun pemilihan akan datang.

Seperti yang pernah Semut katakan sedikit masa dahulu, orang UMNO terutamanya masih memperkatakan mengenai Pemilihan. Pusing - pusing, cerita mengenai pemilihan. Ingatkan hanya sekadar di peringkat bahagian sahaja. Rupanya perkara ini turut merebak ke peringkat UMNO Pusat.

Bila la UMNO nak berubah kalau keadaan ini berterusan? Itu yang membingungkan Semut.

Dalam perbualan di kedai kedai kopi beberapa hari yang lalu, Semut dengar juga pandangan beberapa orang mengenai perkara yang sama. Kata mereka, ini semua taktik KJ mahu meraih simpati dari perwakilan nanti. Dia cuba meniru kaedah yang sama digunakan oleh Tun Dr. Mahathir dahulu.

Itu gambaran yang diberikan oleh orang - orang yang tidak menyokong Ketua Pemuda itu. Mungkin. Semut tak kata ianya benar.

Bagi sesetengah pendapat yang lebih positif, sama ada KJ perlu memepertahankan jawatan sebagai Ketua Pemuda atau tidak, bergantung kepada pencapaian beliau dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Sekiranya majoriti pengundi muda kembali menyokong Barisan Nasional, menunjukkan indikasi bahawa beliau selaku Pengerusi Pemuda BN Malaysia sudah memainkan peranan. Itu akan menjadi KPI beliau sebagai ketua.

Sekiranya tidak, terpulang kepada perwakilan untuk membuat penilaian masing - masing.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Ikuti perkembangan lanjut isu Ketua Pemuda UMNO Selangor yang nak letak jawatan di blog RBF.

1 ulasan:

  1. Tuan,
    Memang elok pun KJ letak jawatan. Zaman KJ dah berakhir. Berilah peluang pada orang lain buat kerja dengan tenang dan berhemah. Selamat bersara KJ.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping