"...Aku Ni Dah Mandi Ke Belum..?"
Assalamulaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalau ular lidahnya bercabang dua. Si Khalid Ibrahim ni tak tahu la pulak bercabang berapa.
Semalam, si Khalid Gagap mendakwa bekalan air Selangor dan Wilayah Persekutuan serta Putrajaya mencukupi bagi keperluan penduduk serta kegunaan Industri sehingga tahun 2019. Maka bertanyalah seorang rakan Semut semalam. Kalau cukup kenapa dia catu?
Khalid menyifatkan dakwaan tersebut berdasarkan kajian dan bancian serta 'survey' yang telah dilakukan oleh beberapa agensi kerajaan baru - baru ini disekitar kawasan Lembah Klang itu.
Hari ini, Pengerusi SYABAS, Datuk Ruslan Hassan berkata kapasiti air sedia ada di Selangor tidak mampu menampung keperluan sama ada di Selangor, Kuala Lumpur mahu pun di Putrajaya serta keadaan itu sebenarnya sangat membimbangkan.
Beliau berkata, jumlah kapasiti air sedia ada di ketiga - tiga kawasan itu hanya sebanyak 4326 juta liter sehari (JLH) berbanding purata pengeluaran air sebanyak 4086 juta liter bagi tempoh 1 Jun hingga 1 Julai baru - baru ini.
Dengan peningkatan sebanyak empat peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, rizab air berkenaan akan berkurangan dan beliau juga turut melahirkan rasa bimbang sekiranya berlaku kemarau yang berpanjangan.
Beberapa loji air sedia ada juga dipaksa beroperasi dalam keadaan yang jauh mengatasi kapasiti asal sejak tahun lepas.
Kesombongan dan keegoaan seorang manusia yang bergelar Menteri Besar. Terang - terangan cuba nak menipu rakyat. Benda takde, dikatanya ada. Layak lagi kah beliau menjadi Menteri Besar?
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Makin tersenyum lah si Azmin Ali lepas ni.
Syabas nak amek air dari pahang,orang pahang pun tak cukup air bro...
BalasPadamkalau hujan tak turun buatlah solat istisqa mohon diturunkan hujan...
yang rakyat nak tahu dokumen penjanjian rahsia antara syabas dan kerajaan selangor dulu bila nak dedahkan...