Rabu, Julai 21, 2010

"...Jangan Tinggal Daku..."

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sedih dan menyedihkan. PAS lebih risau sekiranya DAP tidak dapat menerima penubuhan Negara Islam.

Hari ini, AJK Dewan Pemuda Pas Pusat yang juga merupakan anak kepada Mursyidul Am PAS Pusat, Nik Baduh Nik Abdul Aziz menyatakan kebimbangannya terhadap pendirian Karpal Singh terhadap penubuhan Negara Islam.

Beliau turut menyatakan bahawa sehingga kini pendirian DAP terhadap cita - cita murni PAS itu masih belum dapat ditafsirkan. Malah Nik Abduh turut menyifatkan tindakan Pengerusi DAP Pusat itu sebagai melanggar etika persahabatan yang dibuat oleh ketiga - tiga parti pembangkang itu sebelum ini.

“..Apa pun, Karpal, siapa boleh menyekatnya? Maka hendaklah dan hendaknya suara Karpal itu adalah suaranya sahaja, bukan suara arus bawah di dalam DAP. Jika tidak, saya bimbang. Sebabnya walaupun tiada pemimpin DAP yang menyokongnya, tiada juga yang menyangkal.."

Beliau membidas kenyataan Karpal yang mendesak agar PAS menghormati pendirian DAP sebelum ini di dalam blog beliau.

Dengan DAP takut sangat putus saudara terutama sekali dengan Karpal Singh. Tapi soal Perpaduan Ummah sesama Islam mentah - mentah tolak. Perjuangan Islam?

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Mungkin mereka fikir Karpal ni takkan tenggelam kot?

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping