Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dalam laporan Malaysiakini sebelum ini ada mengisahkan serbuan Polis yang dijalankan di Ibu Pejabat PKR terpaksa dibatalkan. Ini berikutan mereka tersalah membawa waran pada hari tersebut.
Walaubagaimana pun pihak Polis telah kembali menyerbu Ibu Pejabat parti berkenaan pada jam 11.30 pagi. tujuan serbuan tersebut dibuat adalah berikutan penahanan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Badrul Hisham Shaharin pada 9 Julai di Seremban.
Demikian yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
Hari ini, pihak Polis yang diwakili oleh Timbalan Ketua Polis Seremban, Datuk Abdul Manan Mohd Hassan berkata serbuan yang dibuat bukan bertujuan untuk mengeledah pejabat PKR seperti yang dinyatakan dalam media sebelum ini.
Badrul yang juga dikenali sebagai Chegubard didakwa telah memuatkan beberapa artikel yang berunsur hasutan mengenai Yang DiPertuan Agong serta Institusi Raja didalam komputer ribanya.
"Jadi pihak polis telah pergi ke Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya untuk mendapatkan komputer riba tersebut yang dimaklumkan kepada pihak polis oleh Badrul Hisham, bahawa artikel tersebut (bahan bukti) telah ditulis di sana," kata Abd Manan kepada pemberita di sini hari ini. (Klik sini bagi berita selanjutnya).
Namun setelah mendapat Mesej Pesanan Ringkas dari Badrul dengan menyatakan bahawa komputer riba tersebut berada bersama beliau. Maka pihak polis telah menghentikan operasi dan meminta agar komputer riba tersebut diserahkan kepada mereka semalam.
Hanya sebab salah memberi maklumat, maka pelbagai spekulasi boleh dibuat oleh manusia. Punya la berbelit cerita, sekejap kat pejabat, sekejap pada dia. Tak masuk akal lansung.
Takkan la dia (Badrul) tu boleh tak perasan yang komputer riba tu ada dengan dia?
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.