Khamis, Julai 22, 2010


"...Apa susah? Kena Maki, Panggil Geng Lo..."

Assalamulaikum dan Salam 1Malaysia.

Itulah gambaran jelas yang dapat diberikan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (LGE) dalam 'Perang Mulut' beliau dengan Nik Ali Nik Yunus baru - baru ini.

Sebelum ini, LGE dikatakan telah mengutk dan memaki hamun terhadap Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) tersebut kerana tidak profesional dan kurang cekap serta inkompeten terhadap kerjanya. Isu tersebut mula timbul apabila Kes Curi Pasir hangat diperkatakan sekarang.

Dalam mempertahankan maruahnya, Nik Ali tampil dengan menegaskan pendirian beliau. (Klik Sini).

Namum perkara tersebut tidak hanya diendahkan oleh LGE. Sebaliknya beliau mengajak beberapa orang 'geng' kuatnya untuk menjadi 'backup' termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri. Beliau dengan secara terbukanya menyatakan bahawa Nik Ali bertindak mahu melemahkan kerajaan negeri dan turut menjadi 'Jurucakap' serta 'Alat' kepada BN. Malah Lim Guan Eng turut melabelkan Nik Ali sebagai 'Napoleon Kecil' yang sudah berani tunjuk muka.

Dalam kisah yang sama, Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD menyatakan bahawa seorang Ketua Menteri sepatutnya tidak bergaduh dengan Pegawai Kerajaan sehingga tahap sedemikian rupa.

Presiden Persatuan tersebut, Tan Sri Sallehuddin Mohamed berkata jalan terbaik yang sepatutnya diambil oleh Lim Guan Eng ialah dengan membuat laporan mengikut prosedur kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Ini tidak. Macam budak - budak. Siap panggil 'geng' lagi tu. Tapi Ketua Menteri? Macam mana rakyat nak hormat kalau Ketuanya perangai kalah budak tadika?

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping