Khamis, Julai 22, 2010

"...Naxbaufgaicbja....kabcusfibckabc..."

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Susulan kisah Perpaduan Ummah yang berterus - terusan ditolak oleh Pemimpin Kanan PAS, Ketua Penerangannya hari ini mengeluarkan kenyataan yang berbelit - belit.

Idris Ahmad mengatakan bahawa PAS menolak cadangan yang dikemukan oleh Tan Sri Harunsani, Mufti Perak yang sebelum ini menawarkan diri untuk menjadi perantara ke arah perpaduan ini. Mereka menolak mentah - mentah cadangan tersebut tanpa mengadakan sebarang perbincangan bagi mendapatkan pandangan ke arah yang lebih baik.

Beliau sebaliknya mengajak ahli - ahli UMNO agar keluar dari parti tersebut dan menyertai PAS yang sedang dalam pemetaan politik baru negara jika benar - benar ikhlas dan sayangkan Islam.

Selain itu, Idris Ahmad juga mengingatkan bahawa jika Islam Selamat, Melayu Selamat, Bangsa Lain Selamat dan Negara juga Selamat. Tetapi beliau menolak pandangan bahawa jika bangsa Selamat tidak semestinya Islam dan negara akan selamat.

Apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Idris Ahmad? Apa yang ingin disampaikan sebenarnya?

Dalam isu yang sama, Fathul Bari Mat Jahaya sebelum ini mengenepikan dakwaan bahawa bukan hanya PAS yang mendukung Islam dan UMNO mendukung Melayu kerana dalam Perlembagaan negara telah menggambarkan bahawa Melayu itu adalah beragama Islam.

Mungkin Fathul Bari Mat Jahaya perlu mengajar Idris Ahmad serba sedikit mengenai Perlembagaan Negara dan cara bertutur dengan betul. Senang orang nak faham, jangan cakap berbelit - belit.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Sekejap Melayu Islam Negara Selamat. Lepas tu Melayu sahaja Islam dan Negara tak selamat. Macam mana tu?

1 ulasan:

  1. BIASALAH TU.DOK KATA UMNO BEWAK,ULAR,KAFIR,DOA PECAH PERUT AKHIRNYA BALIK PADA EMPUNYA DIRI.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping