Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
"...Kalau abang daftar jadi ahli, senang dapat kerja dengan kerajaan. Kalau diorang tahu abang ahli pembangkang, cepat - cepat diorang akan terima abang kerja. Nanti diorang akan 'brain-wash' abang supaya sokong UMNO..."
Itu sebahagian taktik baru yang digunakan pembangkang dalam kempen mendaftar ahli baru malam semalam di Felda Bilut. Perkara tersebut terjadi kepada sahabat Semut disana.
Apa, diorang ingat rakyat Malaysia ni terutama orang Felda ni bodoh sangat ke? Nampak sangat mereka terdesak mendapatkan sokongan anak - anak muda terutama di dalam kawasan Felda sampai sanggup buat cerita yang bukan - bukan.
Tapi, nak heran apa. Nama mereka pun Penipu Rakyat (PR). Jadi, kerja - kerja menipu ni pun jadi kebiasaan bagi mereka. Macam makan nasi.
Dalam ceramah tersebut juga, Pengerusi PKR Negeri banyak menggunakan kenyataan - kenyataan yang di keluarkan oleh Tun Dr. Mahathir. Terutama berkenaan kelemahan UMNO dalam membela nasib Melayu hari ini. Maka UMNO (kononnya) terpaksa bergantung kepada PERKASA.
Pelik juga bila dengar cerita ni. Sebelum ini, mereka tak percaya kata - kata Tun M malah turut melabelkan Tun dengan pelbagai gelaran. Kenapa sekarang dah berubah fikiran?
Ternyata, Pemimpin - Pemimpin pembangkang ini HIPOKRIT yang masih hidup. Menggunakan setiap inci kesempatan dalam kehidupan mereka untuk memutar belitkan pemikiran masyarakat. Demi kepentingan politik dan kuasa semata - mata.
Bila rakyat nak sedar? Atau adakah mereka sudah mula memahami keadaan dan wajah sebenar pemimpin pembangkang?
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Mungkin Merdeka Centre perlu buat kajian sikap mengenai perkara ini juga.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.