Jumaat, Julai 16, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Perkara dah berlaku. Tapi seperti kebiasaannya, ramai masyarakat yang menyatakan bahawa Pelarasan harga gula dan minyak ini akan menggugat kehidupan seharian mereka.

Maknanya, kesan RM0.05 sen kepada minyak dan RM0.25 sen kepada gula akan menggugat perjalanan serta tujuan hidup mereka seharian.

Satu perkara yang perlu di beri renungan. Apa tujuannya minyak dan gula ini selain menjadi sampingan kepada tujuan sebenar hidup manusia itu? Bagaimana perkara seremeh ini boleh menggugat kehidupan manusia hari ini?

Semut teringat kisah Saidina Umar Al - Khattab yang pada satu malam dikejutkan oleh salah seorang jirannya. Jiran tersebut memohon kepada Amirulmukminin sedikit gula untuk kegunaan anak - anak beliau. Lalu Saidina Umar memberikan sebuntil madu untuk kegunaan jiran tersebut.

Pada ketika itu, gula atau madu adalah merupakan bahan makanan yang mahal bagi penduduk dunia. Namun ia tidak pula menjejaskan kehidupan seharian, malah lahir pula golongan ilmiah yang terkenal sehingga ke hari ini.

Tidak pernahkan kita terfikir bahawa suatu hari nanti minyak akan habis di dunia. Ianya bukan bahan kekal. Jadi, bayangkan bagaimana keadaan kita pada ketika itu nanti seandainya penyelarasan harga hari ini sudah boleh menggugat kehidupan kita?

Fikir - fikirkan lah.

Ps; Semut pun makan gula satu sudu sehari. Satu keluarga 6 orang hanya guna 2kg sahaja sebulan.

2 ulasan:

  1. bodoh py pendapat

    BalasPadam
  2. rakyat suruh bjimat tapi menteri menketedarah duit rakyat tak pe..ini lah melayu bangang yg masih sokong lagi kerajaan bedebah ni..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping