Sabtu, Julai 17, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Berikutan kenaikan harga gula, gas, petroleum dan diesel malam semalam maka tidak kurang lah pihak - pihak yang memberi pandangan masing - masing.

Macam - macam perkara yang mula dibangkitkan. Tidak ketinggalan juga pihak - pihak yang saling salah menyalahkan diantara satu sama lain. Orang ini kena buat dulu, kerajaan kejam dan sebagainya.

Namun Semut kekal dengan pendekatan yang mudah. Teringat Sabda Rasulullah S.A.W:

"Aku didunia ini ibarat musafir yang berteduh dibawah sebatang pohon, berehat dan dan kemudian meninggalkannya". Hadis Riwayat A t- Tarmidzi.

Pemahaman terhadap sifat Qanaah yang didefinasikan dalam Kamus Dewan Bahasa sebagai sikap berpada - pada perlu ada dalam jiwa setiap manusia terutama Umat Islam. Dalam ertikata lainnya, Qanaah itu bermaksud Redha dengan setiap pemberian Allah S.W.T.

Jadikanlah ciri - ciri Qanaah ini sebagai salah satu Keperluan dalam kehidupan iaitu:

1. Sentiasa mengucapkan "Alhamdulillah'ala kulli hal"atas setiap nikmat mahupun musibbah yang menimpa.

2. Jarang merungut dan sentiasa redha dengan segala ketentuan Allah S.W.T.

3. Sentiasa berbaik sangka terutama dalam hubungan sesama manusia dan Allah S.W.T.

4. Sentiasa berfikiran positif dan tidak berputus asa serta Berpuas hati walaupun dalam perkara yang sedikit.

5. Memahami konsep qada' dan qadar Allah S.W.T dan beriman bahawa Allah S.W.T tidak pernah menzalimi manusia bahkan manusia itu sendiri yang sentiasa berlaku zalim.

6. Sematkan rasa syukur dan selalu berdoa berdoa kepada Allah S.W.T.

Perkara ini yang sentiasa memudahkan tugas serta kerja - kerja harian bukan sahaja bagi Semut bahkan kepada semua manusia yang ingin memahaminya.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Alangkah baiknya wajah seorang muslim yang selalu tersenyum dari sebarang keluh kesah yang remeh temeh. Subha Nallah...

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping