Isnin, Ogos 30, 2010

"...Demo Beli Hok Ni, Ambo Untung Beso. Hahaha..."

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sebelum ini Semut mengajak pembaca membuat spekulasi mengenai perlaksanaan mata 'wang baru' Kerajaan Negeri Kelantan (klik Sini). Bukan apa sekadar spekulasi rambang, tetapi perlu difikirkan secara terbuka. Seandainya sesuatu itu baru dilaksanakan, maka pasti ada pihak yang akan mendapat keuntungan daripadanya.

Jelas, spekulasi yang dibuat oleh Semut sebelum ini ada kebenarannya. Dalam blog Syed Outsidethebox, House PK dan Flying Kick juga ada mempersoalkan mengenai perkara ini. Malah, blog - blog berkenaan juga ada menyenaraikan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang terbabit dengan pengeluaran Dinar dan Dirham tersebut. Nama syarikat yang bertanggungjawab itu ialah Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. Berikut adalah nama pemegang sahamnya:

Nama Ahli Lembaga Pengarah/Pegawai

Dato’ HUSAM bin MUSA

MOHD SABRI bin ABDULLAH

Nik MAHANI binti MOHAMAD

MUSTAFA bin SALLEH

AZIZAH bt DAUD

Wan ROSELAWATI binti Wan HASSAN


Nama Pemegang Syer

ABDUL ARIFFAHMI bin AB RAHMAN

Jumlah Syer : 1

MOHD SABRI bin ABDULLAH

Jumlah Syer : 1

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)

Jumlah Syer : 1,350,000


Dengan pendedahan ini, maka terbukti ada orang yang mendapat keuntungan dari pengedaran 'matawang baru' itu. Diantara yang mendapat 'habuan' ialah HUSAM MUSA. Maka tidak hairanlah bila beliau bagai nak gila mempertahankan perlaksanaan Dinar dan Dirham itu apabila ianya dihentam oleh seorang editor dari Negara Arab. Rupanya beliau juga ada mempunyai habuan. Imbas Kembali, klik sini.

Seorang lagi yang terlibat adalah menantu kepada Menteri Besar Kelantan yang pernah mencetuskan kontroversi beberapa ketika yang lalu. Persoalan yang bermain dikepala, tidakkah keadaan ini menimbulkan kecurigaan dan syak dikalangan rakyat? Tidak timbul pula persoalan konflik kepentingan kerana ia melibatkan kerabat Menteri Besar?

Jika wujudnya kronisme dalam perlaksanaan tersebut, apa yang membezakan mereka dengan UMNO yang juga mereka kata membuat perkara yang sama? Kalau mereka buat, apa pula tafsirannya? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. wali terompah kata takpe. asalkan masyuuuk. anak menantu anak aku jugak

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping