Isnin, September 20, 2010

...Nak Bertanding Ke Tidak Ni???...

Assalamualikum dan Salam 1Malaysia.

Laporan dalam Malaysiakini hari ini memaparkan berita terbaru mengenai Pemilihan PKR bagi Jawatan Presiden. Ketua Umumnya, Anwar ibrahim telah mendapat 5 Pencalonan bagi jawatan tersebut. Dengan pencalonan tersebut, maka sekaligus melayakkan si Ketua Penipu itu untuk bertanding.

Beliau dilaporkan telah mendapat pencalonan tersebut dari Arau (Perlis), Kampur, Parit (Perak), Tasek Gelugor (P.Pinang) dan Rembau (Negeri Sembilan). Walaubagaimana pun, Anwar sebelum ini telah menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding bagi merebut jawatan tersebut.

Maka timbul persoalan disini sama ada si Ketua Penipu itu akan mengecewakan Cabang - Cabang yang telah mencalonkan beliau atau bertanding bagi jawatan tersebut? Persoalan pokoknya, sudahkah Anwar mendaftarkan diri sebagai Ahli PKR yang sah untuk bertanding? Atau adakah ianya bakal menjadi senjata rahsia si Ketua penipu itu untuk tidak bertanding kelak?

Semut juga pelik dengan laporan dari portal pro pembangkang itu. Katanya, setakat ini sudah 52 Cabang PKR yang selesai bermesyuarat. 50 daripada Cabang tersebut telah mencalonkan Wan Azizah sebagai Presiden. Jadi mana datangnya lagi 3 Pencalonan untuk Anwar itu? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping