Isnin, September 20, 2010


...Hati Terbakar, Siapa Yang Tahu?...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Semut mungkin tidak berapa kenal dengan Nazri Aziz. Tetapi melalui bacaan yang pernah Semut baca mengenai beliau, Semut ada pandangan tersendiri. Malah, tindakan Menteri Jabatan Perdana Menteri itu baru - baru ini mendapat tindak balas dari MUBARAK Kedah.

Beliau dikatakan telah mengutuk Utusan kerana mempunyai agenda untuk membawa balik Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia. Perkara itu turut mendapat perhatian portal Malaysian Insider. Mewakili Mubarak Kedah, Ketua Penerangannya hairan dengan tindak tanduk Nazri itu. Datuk Badri Yunus menyifatkan tuduhan tersebut lansung tidak berasas dan dilihat mempunyai motif lain.

"...Yang kita tahu ialah Nazri tidak berhenti-henti menghentam Dr. Mahathir sejak beliau bersara hingga tampak seolah-olah dia mempunyai dendam peribadi terhadap bekas Perdana Menteri itu," katanya...

Demikian yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia hari ini.

Apa yang dipertikaikan oleh Datuk Badri itu memang ada benarnya juga. Persoalan mengenai 'Permusuhan Senyap' Nazri Aziz dengan Tun Dr. Mahathir memang jelas kelihatan semenjak Tun bersara dari menjadi Perdana Menteri lagi. Ia semakin menonjol tatkala Tun mengkritik pentadbiran Tun Pak Lah beberapa tahun lalu. Pada ketika itu, Nazri yang turut tampil mempertahankan Tun Pak Lah juga mendapat 'kritikan pedas' dari Tun Dr. Mahathir. Mungkin perkara ini masih berlarutan dan bersarang dihati Nazri.

Bagi Semut, Nazri Aziz ini tidak ada keistimewaan lansung untuk menjadi seorang tokoh pemimpin. Jauh sekali beliau memiliki kredibiliti untuk 'berlawan' dengan Tun Dr. Mahathir. Lihat sahaja sejarah beliau sewaktu memangku kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Malah ditawarkan bertanding bagi jawatan tersebut juga beliau mengelak. Persoalan semut, mengapa beliau tolak? Apa sumbangan beliau setakat ini kepada Melayu selain menjadi 'bos' di Parlimen? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

4 ulasan:

  1. Tengok muka pun macam samseng... belum cerita pasal perangai anak dia. Lagi lahabau.

    BalasPadam
  2. Memang secara peribadi aku rasakan dia ni tiada keistimewaan langsung.

    BalasPadam
  3. menteri yang tak sedar diuntung

    BalasPadam
  4. Patutnya dia keluar aja dari UMNO, UMNO tu parti orang Melayu..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping