Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semut pernah mempertikaikan perkara ini. Namun macam biasa, Tidak ada orang yang tampil untuk memberi penjelasan. Benar mereka menyatakan pada Zaman Rasulullah S.A.W, orang bukan Islam juga dibenarkan memasuki Masjid kecuali MasjidilHaram. Tetapi soalan Semut, dibahagian mana Masjid itu yang mereka dibenarkan masuk?
Sama seperti jika tetamu datang ke rumah dihari raya ini. Bahagian mana rumah yang kita jemput tetamu itu masuk? Semestinya diruang tamu. Adakah kita membenarkan tetamu itu masuk lebih dari itu? Adakah kita turut membenarkan tetamu itu masuk hingga ke dalam bilik kita? Itu baru rumah kita, inikan pula Rumah Allah.
Percubaan PAS untuk memainkan isu ini nampaknya gagal sama sekali. Kali ini, mereka cuba meletakkan kesalahan membenarkan orang bukan Islam memasuki Masjid kepada UMNO. Lihat gambar dibawah. Banyak juga blog - blog yang mempertikaikan mengenai kesahihan dakwaan Khalid James Samad dan konco - konconya. Diantaranya sila klik sini, sini, dan sini.
Yang dipertikaikan adalah sama ada bukan Islam itu dibenarkan masuk ke ruang utama solat. Sedangkan jelas, Ahli Parlimen Hulu Selangor ini hanya berada di kawasan beranda sahaja, bukan didalam ruang solat. Sama juga dizaman Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya dahulu. Orang bukan islam juga datang bertemu dengan Rasulullah S.A.W serta Baginda memberi tarbiah dianjung Masjid agar ianya turut didengar oleh orang yang lalu lalang.
Jadi, mampukah si Khalid James Samad menjawab isu ini? Adakah beliau dapat memastikan sama ada Rasulullah juga membenarkan orang kafir memasuki ruang solat utama? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Ironinya, mereka juga kata boleh. Tapi bila UMNO buat mereka mempersoalkannya pula.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.