"...Gho Dio Lagi Ambo Nok Baghi Alase Ni..."
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Tertanya - tanya juga mengenai keadaan dan pendirian PAS sekarang. Jika dahulu mereka memperjuangkan Negara Islam dan mati - matian mahu melaksanakan hukum hudud. Malah boleh juga dilihat sehingga hari ini, mereka kelihatan acuh tak acuh untuk memperjuangkannya.
Walaupun tindakan mereka itu masih ada, biarpun sikit - sikit, tetapi ianya berjay ditolak dan sangkal oleh rak - rakan sekutunya. Terutama sekali dikalangan Pemimpin DAP dan PKR. Jadi apa yang mereka perjuangkan sekarang?
Bukan sekadar Semut sahaja yang mempertikaikannya. Malah beberapa pemimpin senior PAS sendiri mula memperkatakan perkara tersebut. Klik sini. Jelas bahawa memang wujud sebilangan pengikut PAS yang berfikir mengenai hala tuju parti tersebut.
Alasan apa lagi yang ada buat Mursyidul Am PAS itu? Setiap kali beliau menyatakan hasrat untuk sama ada melaksanakan hukum hudud atau penubuhan Negara Islam pasti akan mendapat tentangan. Ironiknya, tentangan itu bukan datang dari UMNO atau BN. Sebaliknya ia datang dari dalam kalangan mereka, DAP dan PKR. Jadi alasan apa lagi yang mereka boleh berikan untuk kekal dalam Pakatan Pembangkang itu? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.