...Pesanan Penaja: Berbelanjalah Mengikut Kadar Kemampuan...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kadang - kadang, melihat 'peel' bangsa Melayu ni kelakar jugak. Nak marah kang, takut kata tidak bersemangat kebangsaan. Nak ditegur nanti, kata tak menghormati orang tua. Senyum aje lah ye.
Baru - baru ini, Kerajaan Pusat mengumumkan akan memberi 'duit raya' buat kakitangan kerajaan sebanyak RM500.00. Bukan sahaja kakitangan kerajaan yang akan mendapat duit tersebut, malah termasuk golongan orang - orang yang pencen juga. Tujuannya adalah untuk meringankan beban rakyat bagi menghadapi Sambutan Aidil Fitri yang kebetulan jatuh pada awal bulan.
Syukur Alhamdulillah. Walaupun Semut bukan kakitangan kerajaan, tetapi sekurang - kurangnya Kerajaan Pusat juga mengambil berat soal rakyat. Maka adalah tanggungjawab rakyat itu untuk berbelanja dengan bijak. Belilah apa yang perlu sahaja. Jangan melebihi apa yang kita miliki. Takut - takut membazir pula nanti.
Tetapi ada juga dikalangan kakitangan kerajaan ini yang tidak tahu bersyukur. Malah mereka mengatakan bahawa ianya adalah hak mereka untuk mendapat duit tersebut. Kononnya duit tersebut bukan datang dari kerajaan Pusat. Sebaliknya ianya adalah hasil daripada rakyat sendiri. Kata mereka, ianya hasil daripada kutipan cukai yang dilaksanakan oleh kerajaan Pusat.
Alahai. Pendeknya akal mereka ye. Agak - agak berapa sangatlah cukai yang dibayar oleh mereka sehingga dapat menampung gaji dan 'duit raya' yang sebegitu banyak? Bukan dia seorang sahaja yang dibayar gaji dan diberikan duit raya. Bukan sekadar seorang dua, tetapi berjuta ramainya. Mana mungkin cukai yang dibayar oleh rakyat mampu untuk menampung itu semua? Adakah ianya logik?
Kenapalah tidak ada rasa syukur didalam diri mereka? Bukankah rezeki itu ketentuan Allah S.W.T? Habis, untuk apa lagi mereka mendabik dada dengan mengatakan bahawa ianya adalah hak mereka? Tidakkah mereka sedar bahawa Kerajaan Pusat hanya menjadi tumpangan kepada kehendak Allah itu sahaja? Nauzubillah. Renungkan, seandainya Allah S.W.T tidak membuka pintu hati Pemimpin Kerajaan Pusat, adakah mungkin mereka akan menerima duit tersebut?
Mungkin inlah akibatnya jika terlalu fanatik kepada parti politik tanpa memikirkan kedudukan mereka yang sebenarnya. Suka sangat membuat penafsiran mengikut kehendak hati mereka sahaja sehingga lupa diri. Jangan sampai kita tergolong dalam golongan orang - orang yang rugi hanya dengan membanggakan diri. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.