Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semut tidak hairan bila perkara seperti yang berlaku dengan Namewee baru - baru ini. Inilah hakikatnya yang membuktikan bahawa Melayu itu semakin hari semakin lemah. Jika Melayu itu kuat, tidak mungkin anak Muda itu begitu berani sampai sedemikian rupa. Lihat video klip beliau disini.
Cuma yang menghairankan Semut, kenapa begitu lambat pihak tertentu mengambil tindakan? Sepatutnya perkara seumpama ini sudah lama ditangani. Sejak dari awal berita mengenai Namewee didedahkan oleh media, tindakan perlu diambil. Tetapi sebaliknya, apabila terdapat desakan dari beberapa pihak baru mereka mahu mengambil tindakan.
Yang lagi menghairankan Semut, suara garang Ketua Pemuda UMNO Malaysia juga lambat memberi respon. Adakah ianya kerana mereka bersahabat, maka si Ketua Pemuda itu melengah - lengahkan masa untuk memberi sebarang komen? Jika ianya benar bahawa mereka bersahabat, maka bertambahlah kelirunya.
Mana tidaknya. Bayangkan seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia GAGAL mendidik dan menjadi contoh kepada rakannya sendiri. Malah beliau juga dilihat gagal menterjemahkan maksud 1Malaysia itu kepada rakannya itu. Janganlah nak menyalahkan orang lain tetapi sebaliknya beliau perlu mencerminkan diri sendiri.
Sampai bila bangsa Melayu perlu diperkotak - katikkan sedemikian rupa? Semakin hari kelemahan Melayu jelas kelihatan. Kerana apa? Kerana Melayu itu tidak kuat dan tidak bersatu. Itulah yang menjadi keresahan kepada beberapa orang yang benar - benar memperjuangkan Melayu. Tidak hairanlah jika ada sebilangan dari mereka yang kecewa. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
tuan, minta maaf cakap la, kj ni warisan kerismudin, ketua pemuda yang lembik
BalasPadamOrang melayu ni kalau bergaduh sama sendiri cepatlah..kalau dengan bangsa lain menikus pulak...aku pun melayu juga..
BalasPadamApapun pemimpin perlu bertegas segera..
Tanpa Nama: Buat apa nak minta maaf? Ianya jelas dan nyata. Jika dulu, beliau berani berdiri di Pentas Pembangkang. Tetapi hari ini? Ramai yang kecewa dengan perubahan sikap beliau sebenarnya.
BalasPadamUdang Galah: Betul tu. Baru sekarang kebanyakkan orang yang mengatakan bahawa biarlah Mahathir itu sifatnya seperti ditator. Tetapi keadaan negara aman dan tenteram. Itulah yang berlaku di Iraq hari ini.