Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kerap kali kita dengar pihak pembangkang memainkan isu ini. Tetapi hakikatnya siapa yang mendengarnya? Malah yang mereka tahu hanya menyalahkan pihak Kerajaan terutama UMNO dan Barisan Nasional. Tetapi tidak pernah pula mereka membantu membangunkan bangsa Melayu itu sendiri.
Biasa kita dengar mereka merungut dan mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru yang tidak membantu Melayu. Pada hal, dengan perlaksanaan dasar itulah Melayu boleh berkembang maju. Maka mereka persalahkan Kerajaan kerana gagal menjayakan dasar tersebut dengan sempurna.
Perkara ini bukan sesuatu yang baru. Sudah hampir 50 tahun, dasar tersebut dilaksanakan. Tetapi berapa ramai orang Melayu yang mengambil kesempatan ke atasnya? Yang ada pun hanya segelintir sahaja. Dan kebanyakkannya hari ini, ada juga yang seperti kacang lupakan kulit. Mereka menikmati sepuas - puasnya kelebihan yang diberikan daripada dasar tersebut. Dan akhirnya, membelakangkan Kerajaan lalu menuduh kerajaan tidak mengambil pendekatan.
Tidak pernahkah orang - orang itu cuba membantu Kerajaan dalam memberikan maklumat bagaimana orang Melayu boleh memanfaatkan DEB? Tidak. Kenapa? Kerana sikap pentingkan diri sendiri. Mereka melihat diri mereka mampu melakukannya, apatah lagi orang lain. Jadi mereka menggunakan kesempatan itu dan memburukkannya dalam masa yang sama agar mereka sahaja yang boleh menikmati kelebihan tersebut. Kurang sikit peluang nak bersaing.
DEB membuka peluang sebesar - besarnya kepada rakyat terutamanya dari kalangan bangsa Melayu untuk memajukan diri sendiri. Malah meletakkan diri dalam sektor - sektor utama Negara. Tetapi peluang ini perlu direbut sendiri oleh rakyat. Jangan hanya pandai menyalahkan Kerajaan kerana tidak mahu membantu sedangkan diri sendiri tidak pernah berusaha untuk merebut peluang tersebut.
Berapa lama lagi orang Melayu perlu hidup berdasarkan sikap 'Kebergantungan' kepada Kerajaan? Inilah yang kononnya dilaung - laungkan oleh pembangkang dan dijadikan modal untuk mereka membeli sokongan rakyat. Sedangkan dalam masa yang sama, mereka sahaja yang menikmati kelebihan DEB itu. Jangan terus terperdaya dengan 'wayang' mereka.
Sebaliknya, bergantunglah kepada Allah S.W.T. yang Maha Berkuasa. Sesungguhnya rezeki itu harus dicari sendiri dengan usaha yang istiqomah. Insya Allah, kita tidak akan kecewa dengan janji Allah. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.