Isnin, September 20, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sengaja nak mengkucar - kacirkan keutuhan Barisan Nasional. Itu sahaja yang boleh disifatkan mengenai tindakan Setiausaha Agung DAP ini. Lim Guan Eng tidak ada hak untuk mempersoalkan hubungan UMNO dan Barisan Nasional dengan PERKASA.

Beliau sebelum ini mengatakan UMNO secara sulitnya mempertahankan hubungan mereka dengan Perkasa. Malah beliau turut menuduh bahawa slogan 1Malaysia yang dilaungkan oleh UMNO dan Barisan Nasional hanya satu agenda kosong semata - mata untuk meraih undi. Beliau juga turut mendakwa MCA hanya bersandiwara diluar Mesyuarat. Klik Sini.

Semut ingin menyatakan kepada si Ketua Menteri itu bahawa tujuan UMNO dan Perkasa adalah untuk perjuangan Melayu. Ianya tidak ada kena mengena dengan DAP walaupun sedikit. Dan MCA tahu akan kedudukan ini malah mereka juga memahaminya. Yang tak faham hanya beliau dan konco - konco pakatan pembangkang sahaja.

Dan sebagai pengetahuan si Khalifah DAP itu juga, Perkasa bukan Pertubuhan Politik sebaliknya NGO yang memperjuangkan Melayu. Tidak ada salahnya jika UMNO dan Perkasa bersatu kerana Agama, Bangsa dan Negara. Jelas, beliau yang mewakili DAP tidak mahu melihat orang Melayu bersatu dengan kenyataan yang dikeluarkannya itu. Seterusnya membuktikan pendirian DAP terhadap orang Melayu di Negara ini dalam isu Perpaduan Ummah.

Semut yakin, pemahaman Lim Guan Eng terhadap Gagasan 1Malaysia juga kosong. Sebab itu beliau menolak gagasan tersebut. Apa hak beliau nak mempersoalkan Barisan Nasional sedangkan dalam pakatan pun mereka tidak sepakat? Buktikan DAP dapat menerima Agenda Penubuhan Negara Islam dan menyokong biasiswa penuh untuk bumiputera dikembalikan, baru datang balik mempertikaikan UMNO dan Perkasa. Entah bila lah perkara itu akan menjadi kenyataan. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping