Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Itu soalan yang pertama sekali perlu kita tanya kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS. Memang benar dalam Islam tidak ada paksaan. Maka sebab itulah Khatib di Pulau Pinang sebelum ini dikatakan mebaca doa buat Lim Guan Eng agar terbuka pintu hatinya untuk memeluk agama Islam. Itu alasan beliau sebab nak ikut rukun dah tentu tak boleh.
Hari ini, Harakah Daily memaparkan kisah DHPP akan membantu PAS memberi penjelasan mengenai Hukum Islam. Timbalan Ketuanya, N.Balasubramaniam berkata dengan langkah tersebut, masyarakat bukan Islam akan dapat melihat keadilan sistem perundangan Islam. Sekaligus boleh menerimanya.
"Kita (DHPP) yakin kalau dengan nasihat Tuan Guru Presiden (Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang), penjelasan diberikan, mereka akan terima. "
Apakata, Tuan Guru Hadi Awang juga memberi nasihat kepada DHPP agar turut memeluk agama Islam. Sedangkan mereka sudah melihat keadilan sistem perundangan Islam, menyelami kehidupan orang Islam dan turut memperjuangkan Islam tak mustahil mereka akan kata tidak.
Langkah tersebut rasa Semut adalah lebih baik dan bermanfaat dari sekadar memberi penerangan. Pelik juga. Mereka nak bagi penerangan, tapi adakah mereka sendiri faham Islam itu? Jika mereka faham, kenapa mereka tidak memeluk agama Islam? Kalau mereka menolak, berdoalah kepada Allah S.W.T agar dibukakan pintu hati mereka untuk memeluk Islam. Baca depan mereka, baru kesedaran itu timbul. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.