Jumaat, September 24, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Hasrat syarikat I'DA World untuk membangunkan Negeri Kelantan terpaksa dibatalkan berikutan syarikat tersebut telah disenaraihitamkan oleh pihak Kerajaan Negeri tersebut. Seperti kata Pengerusi Eksekutif syarikat tersebut, Abdul Rahim Abdul Wahab, nak pertikai apa lagi.

Beliau menjelaskan hasrat syarikat tersebut adalah untuk membangunkan Negeri Kelantan dengan jumlah kos sebanyak RM313.5juta. Ianya termasuk dalam senarai Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan tanah seluas 576 hektar.

"Kita tarik diri. Minta maaflah. Mereka kata tidak mahu, apa lagi kita boleh buat," katanya ketika ditemui media di pejabatnya di Kelana Jaya, Khamis, lapor Malaysiakini.

Jadi, kita sebagai rakyat pun boleh lihat sendiri dan tak perlu nak mempertikaikannya. Kerajaan Negeri Kelantan memang menolak sebarang pembangunan yang hendak dijalankan oleh mana - mana pihak. Mereka lebih rela melihat rakyatnya mundur dan kemudian menunding jari kepada Kerajaan Pusat kerana tidak membantu Kerajaan Negeri.

Yang peliknya, kenapa pula mereka beria - ia membuat tuntutan terhadap royalti minyak? Semacam ada sesuatu yang tidak kena pula. Sampai sanggup berbelanja besar untuk berdoa di Mekah. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Rakyat dah jelas nampak bhw PAS hanya mahu balun duit royalti minyak utk mengisi poket lebai2 PAS shj bukan utk memajukan rakyat Kelantan.
    Harap rakyat Kelantan buka mata dan buka minda.
    Jgn jadi bodoh!

    BalasPadam
  2. I'DA World ...beri je sumbangan kat negeri lain.Jangan paksa orang tak nak..

    BalasPadam
  3. Bro, nak buat macam mana benda orang dah tahu... macam tajaan tok guru ke Mekah juga... tok guru tak jadi gi.... cuba kalau tak didedahkan, sendawa kroni-kroni tok guru...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping