Jumaat, September 24, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Selain menyambut kemeriahan Hari Raya Aidil Fitri dalam bulan Syawal ini, ada satu lagi sejarah besar yang turut berlaku dalam bulan ini. Sejarah yang juga perlu mendapat perhatian oleh seluruh Umat Islam di serata dunia ini berlakunya dalam tahun ke 3 Hijrah iaitu Perang Uhud.

Tatkala itu, seluruh masyarakat Musyrikin Mekah yang diketuai oleh Abu Sufyan telah mengumpulkan bala tentera seramai 3000 orang. Mereka juga turut disertai oleh Khalid Al-Walid dan Ikrimah Bin Abu Jahal ketika mereka masih belum memeluk Islam. Tentera Musyrikin ini juga disertai oleh golongan wanita yang diketuai oleh Hindun. Misinya ialah untuk merobohkan Kota Madinah seterusnya memusnahkan umat Islam.

Berita mengenai kemaraan tentera Musyrikin ini telah diketahui oleh Rasulullah S.A.W. Maka Baginda telah mengumpulkan seluruh penduduk Madinah agar bersiap sedia untuk berperang. Malah turut menyertai peperangan ini terdiri daripada beberapa orang kanak - kanak yang sudah diuji kekuatannya dan mereka sangat teruja kerana dipilih untuk menyertai peperangan ini. Rasulullah S.A.W berjaya mengumpulkan seramai 1000 orang anggota tentera dan bergerak menuju ke kawasan Gunung Uhud.

Melihatkan kekuatan tentera Musyrikin lebih ramai dari tentera Islam, beberapa orang yang dalam tentera Islam mula berundur semula ke Kota Madinah diketuai oleh Abdullah Bin Ubai. Seramai 300 orang telah mengikuti mereka dan tinggal 700 orang sahaja disisi Rasulullah S.A.W yang kuat Iman mereka menentang musuh Allah.

Rasulullah S.A.W telah mengarahkan sekumpulan pemanah agar bersiap sedia diatas bukit berhampiran dan tidak dibenarkan mereka turun selagi tidak mendapat arahan daripada Baginda. Namun setelah selesai sesi pertama peperangan berlansung dimana umat Islam mendapat kemenangan dan kaum Musyrikin Mekah berundur, mereka ingkar dengan arahan tersebut. Melihatkan banyak harta - harta yang ditinggalkan, maka mereka berebut - rebut untuk mengambilnya. Akhirnya, ramai tentera Islam yang menemui syahid apabila sedang mereka sibuk mengambil harta, tentera Musyrikin telah berpatah balik dan menyerang mereka.

Demikianlah betapa signifikannya sejarah Perang Uhud ini untuk kita jadikan renungan. Kekuatan Islam itu sebenarnya berada didalam hati dan hanya wujud sekiranya umat Islam itu melaksanakan suruhan Allah S.W.T dan RasulNya. Hanya dengan Iman yang kukuh, setiap perkara itu mampu dihadapi. Sebaliknya, jika mereka ingkar dan mendahului dunia dari perintah Allah dan RasulNya, maka mereka adalah dari golongan yang rugi. Kerana harta dunialah umat Islam tewas dalam Perang Uhud.

Jadikanlah sejarah Perang Uhud ini sebagai satu renungan buat kita agar kita bukan sahaja mendapat berkat di dunia, malah di akhirat juga. Insya Allah. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping