...Kaji Kemampuan Diri. Kalau Tak Mampu, LETAK JAWATAN!!!...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dalam hidup, Semut selalu dipesan oleh orang tua - tua agar tidak menyusahkan orang lain. Bukan apa. Apabila kita menyusahkan hidup orang lain, maka sepanjang hayat kita hanya akan mendapat kutukan dan maki hamun dari orang. Seterusnya mengakibatkan apa yang kita kerjakan tidak sempurna. Kutukan dan maki hamun orang lain itu akan menjadi doa dari mereka yang kita aniaya.
Semut juga turut bersetuju dengan blog Gerakan Anti PKR yang menyelar Ketua Pemuda UMNO bukan setakat diperingkat Pusat, tetapi seluruh institusi Ketua Pemuda di Malaysia ini. Baik diperingkat Pusat, Negeri mahupun diperingkat Bahagian didesak supaya meletakkan jawatan. Habis semuanya tak buat kerja.
Yang ada dikawasan Semut pun begitu juga. Malah menurut beberapa rakan Semutyang lain juga memberi pandangan yang sama. Ketua Pemuda Bahagian pun tak buat kerja. Bila ditanya, alasan mereka di Pusat pun tak buat kerja. Jadi semua kesalahan dituju dan perlu dipikul oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang semakin hari semakin lembab.
Maka setiap kali ada perjumpaan, Ketua - Ketua Pemuda Bahagian ini akan menabur janji untuk berubah. Tetapi hakikatnya, haram satu pun yang dibuatnya. Makin bertambah teruk lagi ada la.
Apa mereka ni tak tau ke yang susahnya bukan mereka tetapi sebaliknya UMNO itu sendiri. Tindakan mereka itu bakal membawa padah kepada UMNO dimasa akan datang. Jangan la nak menyusahkan orang lain dan jangan hanya mementingkan diri sendiri.
Dengar la suara akar umbi ini wahai KP oi! Jangan menidakkan kami di bawah ni. Nanti yang susah diri sendiri. Semut ulang, baik Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Ketua Pemuda UMNO Negeri mahupun Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Kalau tak boleh buat kerja, BAIK LETAK JAWATAN!!! Jangan banyak buat alasan. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.