Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Pendirian Semut terhadap perkara ini mungkin agak berbeza dengan pendirian Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin. Bagi Semut, tidak ada yang akan lebih menguntungkan Negara melaikan semua kaumnya bersatu padu terutama golongan majoritinya iaitu Melayu.
Menurut Tan Sri Zainuddin, UMNO seharusnya melupkan perpaduan Melayu menerusi PAS yang sejarahnya berakar umbi perkauman dan keagamaan dogmatik. Beliau menyarankan agar UMNO sebaliknya memberi tumpun bersama - sama rakan Barisan Nasional lain dan menolak sentimen kaum masing - masing.
"...Pemulihan jati diri dengan tegas dan berani itu perlu dilakukan menerusi pendekatan baru untuk menjamin masa depan negara..."
Demikian yang dinyatakan beliau sewaktu ditemu ramah oleh Utusan Malaysia.
Namun bagi Semut, dalam keadaan hari ini, sama ada UMNO mahupun Barisan Nasional memerlukan sokongan dari semua pihak untuk sama - sama bergerak maju kehadapan. Tidak perlu bagi kita meletakkan kepentingan parti mendahului pembangunan Negara. Sesungguhnya dengan adanya Perpaduan Ummah terutamanya dikalangan Melayu di Negara ini, bukan sahaja UMNO yang dapat merasainya. Tetapi ia juga dapat dikongsi dengan seluruh Masyarakat dan rakyat di Negara ini.
Tidaklah dalam setandan pisang itu semuanya busuk. Yang elok kita jadikan tauladan dan yang buruk itu kita jadikan sempadan. Bagi mereka yang ego dan hanya mementingkan diri sendiri, biarkan lah mereka. Kerana mungkin mereka merasakan diri mereka lebih baik dari orang lain dan memang lahiriahnya orang sebegini ada sifat takabbur dalam dirinya.
Wajar bagi kita yang waras dan beragama Islam ini melihat Perpaduan Ummah ini dari sudut agama kerana ianya adalah satu tuntutan syariah. Sampai bila kita perlu bertelagah sesama sendiri sedangkan kiblat kita sama, amal ibadah kita juga sama? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.