Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Agak ironik dan sedikit tersinggung apabila membaca tajuk akhbar hari ini. Bukankah sepatutnya suami juga perlu bertanggungjawab menjaga maruah Isteri? Jika di lihat dalam senario sekarang, si suami lebih mendahulukan orang lain daripada anak dan isterinya sendiri.
Itulah yang berlaku dalam PKR hari ini. Parti yang semakin berkecamuk dengan pelbagai masalah sama ada dari segi moralnya mahupun retorik pemimpinnya. Ia bertambah buruk dengan kehadiran pemilihan PKR akhir bulan depan.
Perebutan bagi jawatan Timbalan Presiden parti tersebut memasuki ruang baru hari ini apabila Zaid Ibrahim, calon bagi jawatan tersebut tampil mempertahankan Presidennya, Wan Azizah. Zaid turut mendedahkan bahawa Kak Wan sebenarnya kurang dihormati oleh ahli - ahli PKR sendiri, walaupun beliau memegang tampuk Presiden parti. Perkara tersebut berlaku kerana tumpuan lebih diberikan kepada Anwar sebagai Ketua Umum.
Walau pun Zaid turut mendakwa walaupun beliau mempercayai kepimpinan dan memberi sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim, tetapi bagi beliau Anwar pada ketika ini hanyalah Ahli Biasa parti itu.
"...Kita tidak boleh membiarkan Presiden kita dianggap oleh sesetengah pihak hanya sebagai lambang, terlalu kerap saya dengar bisikan kononnya Wan Azizah bukan ketua sebenar..."
Demikian yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia hari ini.
lihat betapa retoriknya parti ini. Mula kata beliau setuju dan dalam masa yang sama beliau hentam cukup - cukup. Malah turut melabelkan Ketua Umum itu sebagai HANYA AHLI BIASA. Spekulasi yang menyatakan bahawa Anwar masih belum berdaftar sebagai ahli yang sah pun masih belum dijawab.
Inilah akibatnya jika dalam satu parti ada dua Ketua tetapi namanya sahaja yang berbeza. Satu guna nama Ketua Umum dan satu lagi guna nama Presiden. Jadi kesetiaan ahli parti itu juga yang akan merugikan organisasi tersebut kerana mereka pasti akan berpecah. Satu ikut Ketua Umum dan satu lagi ikut Presiden. Akhirnya, organisasi itu akan jadi berkecamuk.
Tidak hairanlah sekiranya mereka sering berbalah sesama sendiri dan tidak ada sumbangan kepada rakyat. Macam ini yang kita nak bagi supaya dapat memimpin Negara dan Rakyat? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.