Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Masih tidak dapat menutup malu mereka kerana kesilapan mereka sendiri, PAS masih terus mempertahankan kenyataan bahawa bukan Islam boleh memasuki Majid selain Masjidil Haram Mekah. Betul benar, di zaman Rasulullah S.A.W dahulu memang ada orang bukan Islam atau kafir dibenarkan memasuki Masjid. Malah ianya dibenarkan oleh Rasulullah S.A.W sendiri.
Tidak pernah UMNO menyangkal bahawa perkara itu boleh dilakukan. Tetapi persoalannya dibahagian mana Masjid itu yang boleh dimasuki oleh kafir tersebut? Perlu kita ingat bahawa Masjid di zaman Rasulullah itu tidak berdinding. Yang ada hanya tembok batu sahaja sebagai pagar. Kemudian tidang - tiangnya diperbuat dari pohon tamar yang ditegakkan dan ditutupi dengan pelepah kurma.
Apa sahaja aktiviti yang dilakukan oleh Baginda S.A.W pada ketika itu dilaksanakan didalam Masjid. Perkara itu berlanjutan sehingga ke zaman Khalifah Ar - Rashidin. Namun persoalannya, dibahagian mana segala aktiviti itu dijalankan? Yang pasti, BUKAN DI DALAM RUANG SOLAT.
Itu yang menjadi persoalan utam. Sesungguhnya, orang - orang di Surau dan Masjid berkenaan perlu tahu bahawa tindakan mereka membenarkan bukan Islam atau kafir memasuki masjid dan surau bakal menimbulkan kontroversi. Kontroversi ini hanya akan membawa kepada perpecahan Ummah. Jadi mengapa ianya masih dilakukan? Bukannya mereka tidak boleh lakukan diluar dari ruang solat itu atau di beranda Masjid. Mengapa perlu didalam ruang solat?
Lain - lain persoalan juga turut dibangkitkan oleh beberapa orang bloggger lain. Klik sini dan sini untuk selanjutnya. Tidak ada seorang pun dari kalangan PAS yang menjelaskan mengenai perkara ini. Tetapi sebaliknya mereka menyalahkan UMNO kononnya mahu memperbesar - besarkan perkara ini. Petikan berikut Semut petik dari email seorang sahabat:
Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram. Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya,
Jelas didalam kitab tersebut dinyatakan diam didalamnya. Bukan boleh berdiri dan bercakap. Jadi nak putar belit apa lagi? Jelaskan, dibahagian mana dalam Masjid itu yang dibenarkan oleh Rasulullah S.A.W? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.