Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Berikut dipaparkan kisah sahabat Rasulullah S.A.W semasa Perang Khandak (Parit).
SEMASA Perang Khandak, tentera-tentera Islam terpaksa menghadapi serangan musuh yang ramai. Sementara tentera Islam menghadapi serangan kaum Musyrikin Mekah. Mereka juga terpaksa menghadapi ancaman daripada kaum Yahudi daripada Bani Quraizah di Madinah.
Tentera-tentera Islam sudah keluar dari bandar Madinah bagi mempertahankan kota itu. Ahli keluarga mereka terpaksa ditinggalkan bersendirian tanpa ketua keluarga.
Ini menyebabkan sebilangan daripada tentera-tentera Islam takut dan bimbang ahli keluarga mereka di apa-apakan oleh Bani Quraizah.
"Wahai Nabi Muhammad, saya rasa tidak sedap hati. Isteri dan anak-anak saya tinggal seorang diri di rumah. Saya takut Bani Quraizah membunuh ahli keluarga saya. Saya mahu pulang ke rumah," kata salah seorang tentera Islam yang menyertai perang Khandak itu.
Nabi Muhammad tidak menghalang dan berkata: "Pergilah kamu pulang ke rumah."
Seorang demi seorang meminta izin daripada Nabi Muhammad pulang ke rumah. Mereka khuatir keluarga mereka diancam oleh Bani Quraizah yang berada di Kota Madinah.
Pada malam itu, tentera yang lemah semangat pulang ke rumah. Keadaan malam gelap gelita. Angin bertiup kencang. Kini hanya tinggal cuma tiga ratus orang tentera Islam di tempat perkubuan mereka.
Pada malam itu, Nabi Muhammad pergi menziarahi setiap khemah tentera Islam bertanyakan khabar masing-masing.
Kisah seterusnya, klik disini.
Sesungguhnya, sesuatu perkara itu berlaku kerana ada sebabnya yang tertentu. Ada perkara yang bukan sekadar jelas dilihat dengan mata kasar tetapi perlu dinilai dengan mata hati. Semoga kita beroleh manfaat dan keberkatan dari Allah S.W.T. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.