Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Nampaknya, dunia blogger di Malaysia hari ini diserang Malware Panik! Bukan sahaja blogger, tetapi ia turut melibatkan Portal - Portal berita seperti Berita Harian, Malaysiakini, Malaysian Insider, My Sincew dan The Star online.
Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity', sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari Malware berbahaya.
Google mula mengesan perkara tersebut bermula padda 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari bagi pengguna Apple. Maka langkah berikut perlu dilakukan untuk mengelakkan sebarang kerosakan kepada PC/Notebook/Netbook anda:
Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline. Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya.
Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.
Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.
Nasib baik ada penjelasan dari Google mengenai serangan ini. Kalau tidak, mesti ada orang akan buat dakwaan ianya dihantar oleh pihak lawan. Pasti ada punya lah. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS atas pengendalian blog anda yang semeamangnya mempengaruhi masyarakat terutamanya pengundi2 baru..
BalasPadamDi harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai pengendalian artikel yg mantap..
Kami tlh linkkan blog anda di dalam senarai blog pilihan kami..
Kami memohon jasa baik pihak anda agar dapat linkkan blog kamI di dalam senarai blog anda.
SEKIAN, SALAM KASIH DARI,
Melayu CinDia
Wakil Blogger2 GELOMBANG RAKYAT.
Seorang rakan baru memberitahu saya blog saya pun begitu sedangkan saya tak meletakkan iklan pun di blog saya.
BalasPadamBagaimana nak back up blog saya?
Criminals, homosexuals and gangsters will defend their own.
Gelombang rakyat. Terima kasih diatas sokongan yang diberikan. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan rakyat diberikan kesedaran terhadap agenda sebenar Penipu Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Siapa lagi yang mahu mempertahankan kesejahteraan Negara melainkan kita sendiri. Insya Allah, Semut sudah linkkan blog saudara sekalian.
BalasPadamWake up: Semut terpaksa membuang beberapa blog utama buat sementara waktu mengikut saranan yang dikeluarkan oleh Google Chrome. Dan setakat ini, tiada lagi amaran Malware yang dikeluarkan. Apa kata jika saudara jiga membuat perubahan sedemikian. Hanya untuk sementara waktu sahaja.