Selasa, September 21, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Pernah dengar dialog ini dalam Filem 3 Abdul arahan Tan Sri P.Ramlee: "Demokrasi apa? Demokrasi Terpimpin Kepala Hotak Kau!!!" Mengimbau kisah perebutan harta anak - anak Ismet Ulam Raja itu mengingatkan Semut mengenai Pemilihan PKR tahun ini.

Kemelut PKR semakin meruncing dan kebenaran akan didedahkan sedikit demi sedikit. Kalau sebelum ini, Ketua Umumnya bertegas mahukan pemilihan yang demokratik dilaksanakan tetapi hakikatnya jauh berbeza dari perlaksanaan yang sebenar.

Salah seorang calon bagi Jawatan Timbalan Presiden, P.S Jenapala yang juga merupakan Bekas Timbalan Setiausaha Agung parti tersebut akan mendedahkan Penipuan Pemimpin PKR dalam perlaksanaan 'Demokrasi' itu. Beliau yang dilaporkan telah mendapat pencalonan bagaimana pun telah ditarik balik atas arahan 'orang - orang tertentu'. Kononnya pencalonan itu tidak sah kerana beliau bukan calon pilihan.

Jenapalan juga turut menyatakan bahawa kepimpinan parti itu hanya cakap tak serupa bikin apabila mendakwa BN dan SPR melakukan menipu dalam Pilihanraya. Oleh yang demikian, beliau berikrar akan mendedahkan penipuan pemimpin PKR setiap hari Isnin sehingga tempoh pemilihan selesai.

Yang Semut risaunya takut tak sempat sampai hari Isnin depan, Jenapalan terpaksa menarik semula apa yang dijanjikan beliau itu. Mana tahu, ada arahan dari 'orang - orang tertentu' mendesak agar beliau terus mendiamkan diri. Itulah kebiasaannya kerana bukan mudah untuk mendedahkan kepincangan Parti Kelentong Rakyat itu melainkan mereka dipecat atau keluar daripadanya. Tambahan ianya diterajui oleh si Ketua Penipu. Sampai bila mereka mahu mengaburi mata rakyat? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Memang dah agak dah. Setiausaha Agung PKR pun dah maklumkan bahawa Jenapalan bukan ahli PKR. Dan jadi penyebab utama untuk dia digugurkan sebagai calon Timbalan Presiden PKR.
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping