Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kalau tak salah, dalam Berita Nasional TV1 malam semalam ada melaporkan mengenai ketidak puasan hati bebarapa ahli PKR di Baling Kedah. Mereka mengadu mengatakan telah ditipu oleh peringkat tertinggi cabang berkenaan dalam pemilihan yang diadakan baru - baru ini.
Malah mereka juga turut mempertikai tindakan yang kononnya didakwa tidak demokrasi. Banyak kepincangan yang berlaku dalam pemilihan tersebut. Maka terfikir sejenak apabila mengenangkan tuduhan tanpa bukti Nasarudin Nasution yang mengatakan kekecohan itu punca daripada orang luar. Adakah Cabang PKR Baling juga turut berlaku perkara yang sama? bagus betul jaringan usahasama orang yang berkenaan yang saudara Setiausaha Agung.
Hari ini, Semut meninjau - ninjau juga laporan dalam akhbar perdana mahupun akhbar Pembangkang mengenai perkara tersebut. Malah dalam blog - blog sahabat Semut yang lain juga tidak ada laporan mengenai perkara itu. Atau adakah Semut sudah terlepas pandang?
Walaubagaimana pun, Semut hanya ada satu persoalan. Jika kebanyakan mereka yang merusuh dan membantah pemilihan PKR baru - baru ini, kenapa mereka masih menyokong parti tersebut? Kenapa mereka tidak keluar kerana terang - terang telah ditipu oleh Parti Keldaikan Rakyat itu? Hairan bukan. Atau adakah mereka memang merelakan diri ditipu secara berterusan? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Semut Hitam,
BalasPadamMungkin ini gimik penyokong-penyokong PKR. Sengaja buat kecoh-kecuh dan hebuh-hebuh. Kalau tidak mana mungkin dapat publisi, dalam media perdana pulak tu!
Media-media perdana dan blog-blog juga terperangkap dengan gimik mereka ini! Beri publisi percuma kepada mereka. Sebelum ini siap peduli dengan pemilihan dalam parti pembangkang?
Hebat juga mereka ya!
Warga Setia
semut kena faham, manusia rela dbodohkn & dtipu kerana duit & kuasa. bukan diaorg taktahu, bodohpun bodohlah janji masyuuukkk. tak masyuk tu yg diaorg marah.
BalasPadam