...Bukti Orang Luar Buat Kecoh...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kepada Setiausaha Agung PKR, yang sebelum ni hanya pandai main tuduh kata ada orang luar yang buat kecoh dalam sesi pemilihan PKR baru - baru ini. Ada bukti baruboleh tuduh. Bukan setakat main tuduh sebarangan. Bila dicabar dedahkan bukti, ketar lutut. Konon alasan kukuh.
Dalam Agenda Daily ada menyiarkan satu laporan mengenai seorang Amoi yang turut dikatakan sebagai pemberita Malaysian Insider, portal pro pembangkang yang turut dikaitkan dengan Gerakan BENDERA di Indonesia. Bagi yang tak tahu, Amoi ni menyamar sebagai ahli Puteri UMNO sewaktu Majlis Taklimat TERTUTUP Puteri UMNO di PWTC. Katanya dah siap kena halau dua tiga kali. Tapi buat selamba badak dia je.
Agaknya beliau baru jadi wartawan agaknya. Malah mungkin juga beliau tidak pergi Forum Blogger yang disertai oleh Tun Dr. Mahathir baru - baru ini. Sebab itu dia buat kerja main langgar je taklimat orang. Padahal semua orang tahu jika ianya taklimat tertutup, jadi sebarang coverage akan disekat dan tidak dibenarkan membuat laporan. Sebab itu takde berita dalam akhbar.
Mungkin memang dasar Malaysian Insider kot. Suka main langgar majlis orang. Lepas tu buat laporan yang tak betul. Dah menjadi bahan didikan bagi wartawan - wartawan mereka agar tidak beretika dalam journalisme. Menyedihkan.
Perkara ini perlu mendapat perhatian serius dari semua pihak agar memastikan seseorang itu benar - benar apa yang didakwanya. Kalau dah kata takde Press, kena semak la keahlian dia sebelum dibenarkan masuk. Jangan buat sambil lewa je. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Rais yatim apa cerita?
BalasPadamInikan masalah media?
Ambillah tindakan!
Najib janganlah jadi terlalu bodoh!
BalasPadamKalau nak dapat kembali undi dari kaum Cina, ambillah tindakan terhadap penghasut2 pergaduhan perkauman supaya tragedi Mei 13 tidak akan berulang.
Kaum Cina yg rata2 terlibat dgn perniagaan tidak mahu pergaduhan dlm negara yg akan mengakibatkan mereka akan rugi teruk. Kpd kaum Cina UNTUNG dlm perniagaan adalah yg utama dr segala2nya.
Jika mereka melihat bhw Najib adalah serius utk menjaga keamanan negara, mereka akan menyokong BN dlm PRU 13 nanti!
Jika mereka melihat bhw Najib tidak mengambil sebarang tindakan afirmative mereka akan mengundi pembangkang dlm PRU 13 nanti.