Khamis, September 30, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


Belum pun SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan Pilihanraya Kecil bagi Dewan Undangan Negeri Galas N.49 sudah banyak spekulasi yang kita dengar. Diantara yang paling hangat diperkatakan ialah tindakan Timbalan Setiausaha PAs yang memberi cadangan agar UMNO tidak bertanding bagi merebut kerusi tersebut. Kononnya atas dasar Semangat Perpaduan Melayu yang pada hakikatnya jelas ditolak terlebih dahulu oleh mereka.

Maka dengan kenyataan tersebut, banyak spekulasi yang memberi gambaran PAS sebenarnya takut menghadapi kekalahan menentang Barisan Nasional di Galas nanti. Malah Naib Presiden PAS Pusat sendiri menyifatkan PRK ini akan menjadi cabaran besar buat PAS.

Seperti biasa, siapa mahu kalah. Biarpun dalam membuat spekulasi. Hari ini kita lihat banyak artikel dalam akhbar yang kebanyakkannya dari suara - suara pemimpin PAS untuk menutup kelemahan mereka sendiri. Kenyataan akhbar mereka hanya sekadar untuk menyedapkan hati penyokong - penyokong kuat mereka sahaja. Menyedihkan.

Tidak kurang juga dengan cadangan yang dibuat oleh PAS yang secara terbuka akan mempertimbangkan untuk meletak calon dikalangan ahli DHPP. Mereka katanya sedia mencalonkan seorang yang Bukan Islam bagi mempertahankan kerusi tersebut.

Aik, dah hilang kepercayaan terhadap DAP ke? Kenapa tak bagi DAP je bertanding dikerusi tersebut? Spekulasi Semut terhadap cadangan itu mudah. Dengan meletakkan calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong PAS itu, mereka tidak akan rugi apa - apa. Kalau kalah sekali pun, mereka akan kata ianya disebabkan faktor calon bukan Melayu. Mudah untuk mereka melarikan diri dari dipersoalkan lawan.

Spekulasi paling besar yang akan mereka jadikan modal dalam PRK itu nanti sudah tentu mengenai Royalti Minyak. Perkara ini tidak boleh diketepikan. Maka jentera Barisan Nasional perlu bersiap sedia menangkis isu ini dalam PRK itu. Jelas, pemilihan Tengku Razaleigh sebagai Pengarah Pilihanraya sangat bertepatan kerana bagi PAS, Ku Li adalah orang harapan mereka.

PRK DUN Galas ini bukan sahaja pertembungan klasik antara UMNO menentang PAS. Ia juga bakal menjadi gelanggang Ku Li membuktikan dirinya masih setia kepada perjuangan UMNO. Biarpun PAS sangat - sangat mengharapkan beliau untuk mempertahankan mereka. Siapakah yang bakal kecundang nanti? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping