Isnin, September 20, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Dalam laporan Harakah Daily hari ini, Mahfuz Omar dilihat turut mempertikaikan kedudukan Singapura sebagai jiran kepada Negara Malaysia. Beliau menyifatkan lawatan Perdana Menteri Malaysia ke Negara Republik itu sebagai satu yang bakal menguntungkan Singapura.

Dengan membuat andaian bahawa kemungkinan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mempunyai gambar pembunuh Altantuya menyebabkan PM bakal tunduk kepada kehendak Republik tersebut. Beliau mengaitkan perkara tersebut dengan tindakan Kerajaan menyerahkan tanah milik KTMB kepada Republik itu pada 24 Mei lalu. Rujuk gambar skrin dibawah.

Jelas, Mahfuz memberi gambaran bahawa Republik itu menggunakan ugutan untuk mendapatkan apa yang mereka mahu dari Perdana Menteri Malaysia.

Apa kena mengenanya pembunuhan Altantuya dengan penyerahan tanah KTMB tu Mahfuz oi? Tak de persamaan lansung. Apa yang tidak menguntungkan dengan pemberian tanah itu kepada Singapura? Adakah PAS juga turut berpendapat agar pihak Kerajaan tidak perlu berlembut dengan Negara Republik itu? Bukankah sebelum ini, Mursyidul Am PAS menerima kunjungan Khas Menteri Mentor Republik itu dengan tangan terbuka? Jadi, adakah sekarang Mahfuz juga turut mempertikai tindakan Republik itu? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Salam bro, apa lagi yang puak-puak hamPAS ni nak kata..... dia risau sebenarnya, dulu Lee Kuan Yu datang jumpa TGNA dan memeberi semangat PAS akan memerintah Malaysia... bila tengok PM kita berurusan dengan PM Singapura demi kepentingan bersama, mulalah buat andaian macam-macam... kalau dah kaki fitnah, bawa cerita bohong macam Mahfuz ni.... apa nak kata lagi... Allah maha mengetauiNya....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping