Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Melihatkan perangai retorik pemimpin PAS ini memang mengelirukan. Ada - ada sahaja spekulasi yang mereka akan keluarkan walaupun ianya berunsur fitnah. Tetapi ironiknya, mereka Parti yang memperjuangkan Islam. Bukankah sewajarnya mereka mengeluarkan kenyataan yang benar dan bukan sekadar tuduhan yang tidak berasas?
Terdahulu, Mahfuz Omar telah membuat andaian bahawa lawatan Perdana Menteri Malaysia ke Singapura bakal menguntungkan Negara Republik itu. Terutama dalam isu penyerahan tanah milik KTMB kepada Republik berkenaan.
Malah beliau juga turut menyatakan secara diamnya, Presiden Republik itu akan menggunakan taktik mengugut Perdana Menteri Malaysia dengan kes Altantuya. Tuduhan tersebut bukan sahaja memburukkan diri beliau sendiri, ia juga turut mencerminkan Pemimpin Negara itu sebagai kuat mengugut.
Dan Semut pasti dengan pencapaian kata sepakat antara Malaysia dan Singapura semalam, pasti si Ahli Parlimen itu akan menggandakan lagi andainya ke tahap yang kita sendiri tak mampu nak berfikir. Yang Semut hairan, bagaimana seorang Peguam dan orang yang mendakwa ahli Agama sanggup meletakkan dirinya serendah itu? Membuat tuduhan dan andaian tanpa sebarang bukti yang kukuh? Bukankah itu fitnah namanya?
Jadi, Semut tertanya juga. Apa pula andaian yang beliau bakal buat mengenai perkembangan rundingan Brunei dan Malaysia hari ini? Tak pandangan lain kah? Tak mahu kaitkan dengan kes - kes lain? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Dah takde kerja lain ke dia nak buat selain buat lawak bangang?
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.