Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Satu persoalan yang timbul dari kemelut Pemilihan PKR yang banyak diperkatakan pada ketika ini. Sebelum ini dikatakan pemilihan ini merupakan yang pertama bagi mana - mana parti politik untuk memilih kepimpinan parti itu dengan menggunakan semua ahlinya. Mandat untuk memilih kepimpinan parti diberikan sepenuhnya kepada ahli, bukan kepada perwakilan.
Tetapi jika diperhatikan dengan betul, apa yang sedang berlaku hanyalah Sesi Pencalonan sahaja. Adalah dijadualkan sebanyak 218 Cabang PKR bakal selesai membuat Pencalonan menjelang 3 Oktober nanti. Manakala Sesi Pemilihan akan dijalankan pada 31 Oktober hingga 21 November nanti. Bermakna, tempoh pemilihan PKR ini akan berlansung selama 3 Bulan dengan dua kali sesi akan dijalankan.
Banyak lagi kerja lain boleh buat dalam tempoh 3 Bulan selain pemilihan ini. Sesak ahli diasak oleh propaganda politik orang - orang yang bertanding. Bukankah lebih baik tempoh itu digunakan untuk memperjuangkan rakyat dan bukan politik sesetengah pihak sahaja? Buat apa dua kali berhimpun untuk satu agenda? Pelik.
Macam dah tak ada kerja lain mereka ini agaknya selain berpolitik sahaja. Katanya nak memperjuangkan nasib rakyat. Nak berjuang bagaimana kalau kebanyakkan masa orang ini mempertikaikan orang itu dan ini? Orang tu nak tunjuk pandai, orang ini kata dia bijak. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Anwar Al jub boleh hidup dan terkenal hanya dengan ceramah.... kepakaran dia menipu, memutarbelit itulah membuat sebahagian besar manusia yang otak macam katak bawah tempurung terpesona.....
BalasPadam