Khamis, September 23, 2010

...Bila Nak Habis Da???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Tindakan yang dibuat oleh si Ketua Penipu dalam kesnya hanya membuangkan masa dan menyusahkan orang sahaja. Sama ada beliau sedar atau tidak, tindakannya itu juga menjejas kredibiliti beliau yang kononnya memperjuangkan hak rakyat. Tetapi dalam masa yang sama, beliau sendiri turut enghabiskan duit rakyat dengan sewenang - wenangnya.

Lepas satu, satu perkara yang dikemukan beliau semata - mata untuk meloloskan diri dari bicarakan. Malah, tindakan beliau itu hanya akan menimbulkan pelbagai implikasi seperti kata Presiden GMP Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail. Beliau juga mendakwa, penangguhan kes liwat itu akan meningkatkan kos sama ada secara lansung atau tidak lansung.

"...Wang yang akan digunakan untuk membayar kos tersebut pula ialah wang rakyat dan ini seharusnya diberikan perhatian oleh pihak berkenaan sebelum menangguhkan kes liwat tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini...

Sudah sampai masanya si Ketua Penipu itu berhenti melarikan diri dan beliau perlu berhadapan dengan kebenaran. 'Stop playing cat and mouse'. Jika benar beliau tidak melakukan perkara tersebut, untuk apa beliau cuba pelbagai cara untuk melarikan diri? 'Face it like a man'. Baru kredibilitinya akan melonjak naik. Sebaliknya, apa yang beliau lakukan hanya merugikan dirinya sendiri. Perjuangan beliau juga boleh dianggap retorik kerana hanya merugikan rakyat.

Rakyat hanya melihat beliau cuba melarikan diri dari pertuduhan dan lambat laun mereka akan mempertikaikan tindakan si Ketua penipu itu. Malah beberapa pemimpin lain dikalangan Pembangkang sendiri pun tidak tampil dan memberikan penjelasan. Sedangkan isu ini sudah bermula sejak tahun 1997 lagi. Mereka juga yang memberikan nama jolokkan buat Anwar. Bukan orang lain. Jadi, kenapa orang - orang ini tidak tampil dan menafikannya? Atau ada udang disebalik batu? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping