Isnin, September 27, 2010

...Sir Richard Turut Menyelar Tindakan Anwar???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kalau dalam bahasa Inggeris pepatah ini biasa digunakan: Killing Two Bird With One Stone. Rupanya, orang Inggeris pun ada pepatah yang memberi gambaran sama dengan pepatah Melayu, Pukul Anak Sindir Menantu rupanya.

Sebelum ini dalam ruangan Facebook Agendadaily ada menyiarkan satu tajuk Apa Hal Ni... Mulanya Semut ingatkan Sir Richard Branson, Taikun Virgin Air itu mahu turut serta dengan Al - Gore dan sekutu - sekutu lain Anwar dalam membela si Ketua Penipu itu. Rupanya, beliau hanya sekadar menyelar tindakan Anwar kerana mengganggu gugat ekonomi Malaysia. Maka, salah satu cara yang diketengahkan oleh beliau ialah agar Perdana Menteri campurtangan dalam hal tersebut.

Saranan Richard Branson itu boleh juga diterima pakai. Malah ia membuktikan bahawa kemerosotan ekonomi Malaysia hari ini juga dicemari oleh tindakan si Ketua Penipu itu yang memang suka memporak - perandakan Negara. Bukanlah hanya disebabkan kegawatan ekonomi atau sebagainya.

Namun, Sir Richard Branson juga harus tahu bahawa si ketua penipu itu memang sengaja melambat - lambatkan perbicaraan beliau. Mungkin salah satu alasannya adalah untuk menggugatkan ekonomi negara. Maka dengan secara tidak lansungnya, beliau mempunyai modal untuk memburuk - burukkan negara seterusnya menghalang pelabur luar untuk melabur dalam Malaysia.

Selain itu, Sir Richard Branson juga perlu tahu bahawa tindakan si Ketua Penipu itu melambat - lambatkan kesnya semata - mata kerana beliau gilakan perhatian ramai. Dalam bahasa mudahnya, Anwar Ibrahim ini Gila Glamer. Dengan cara ini, bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi dunia juga akan memberi tumpuan kepada beliau.

Perkara ini perlu jelas diterangkan kepada orang luar agar mereka tahu kedudukan sebenar. Bukanlah hasrat Perdana Menteri atau Kerajaan Pusat mahu mendedahkan keaiban orang. Sebaliknya, itu tindakan yang dilakukan oleh Anwar sendiri. Ianya bukan soal Negara atau Politik, tetapi urusan peribadi si Ketua Penipu itu. Sewajarnya si Ketua Penipu itu harus sedar sendiri. Tetapi bila perkara itu akan berlaku? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Mana pernah ada pemimpin Negara lain yang memburuk - burukkan Negaranya sendiri walaupun mereka datang dari golongan Pembangkang.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping