Isnin, September 27, 2010

...Bapa Anarki Malaysia...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sebelum melabuhkan tirai hari ini, Semut ingin mengajak sahabat sekalian merenungkan perkara ini. Mari kita fikirkan sejenak mengenai persoalan ini. Sejak bila kita dengar masalah kestabilan politik di Malaysia ini menjadi huru hara? Sudah sekian lama, politik Malaysia tidak pernah menghadapi kemelut dan konflik yang membangkitkan rasa tidak puas hati rakyatnya. Lebih daripada 50 tahun, rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan damai. Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa juga bahawa keadaan ini adalah usaha Barisan Nasional.

Jawapan bagi persoalan tersebut timbul apabila terbentuknya Barisan Pembangkang pada hari ini. Mereka jelas tidak selesa hidup dalam keadaan aman dan damai seperti sebelumnya. Malah sejak tahun 1999, ketika mula digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, perkara pertama yang dilakukan adalah dengan membuat demonstrasi jalanan.

Kemudian, sekitar tahun 2001 hingga 2004, keadaan tenang seketika. Namun selepas beliau dibebaskan, Negara turut kembali bergolak. Jelas individu inilah yang bertanggungjawab merosakkan kestabilan politik dan keharmonian rakyat Negara. Beliau yang kononnya mahu memperjuangkan hak rakyat sebenarnya pengamal dasar anarki, bukan demokrasi. Ironiknya, apabila keadaan itu berlaku kepada beliau, beliau kecam habis - habisan.

Lihat sahaja peristiwa yang berlaku hujung minggu lalu. Proses pemilihan yang dibangga - banggakan oleh beliau hanya menjurus kepada huru - hara dan kacau bilau. Malah perkara yang tidak sepatutnya turut berlaku. Pelik bukan?

Mungkin itulah lumrah bagi beliau. Hidup beliau memang dikelilingi oleh huru - hara. Cuba kita renungkan kembali sedalam - dalamnya. Sejak beliau melangkah kaki ke dalam UMNO dahulu, baru ketika itu kita dengar UMNO menjadi huru - hara sedangkan sebelumnya semuanya tidak ada masalah. Beliau kononnya mahu memerangi rasuah politik padahal beliaulah yang mula - mula mempelopori perkara tersebut. Usahlah menafikan perkara tersebut.

Tetapi hakikat ini seringkali dinafikan oleh beliau. Apabila ianya diajukan kepada beliau, beliau akan menepisnya dengan pelbagai persoalan lain. Namun untuk menjawab soalan tersebut, haram nak dilakukannya. Inilah dia manusia yang diberi nama Anwar Bin Ibrahim. Adakah orang yang seperti Biawak 'Chameleon' ini yang hendak dijadikan Ketua Negara? Bapa Huru Hara dan Perosak Perpaduan ini yang mahu kita jadikan sebagai ikon? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

1 ulasan:

  1. Salam.

    DSAI telah menggunakan stail Yahudi untuk mendapatkan kuasa. Pengalaman beliau dalam kerajaan telah banyak membantu beliau untuk merencanakan strategi politiknya. Menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemerintah merupakan strategi yang paling berkesan yang telahpun menjatuhkan pemimpin Indonesia dan Filipina. Apakah strategi tu berkesan di Malaysia? Kurang berkesan kerana rakyat masih boleh mencari sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan jika dibandingkan dengan negara2 lain. InsyaAllah PRU13 bakal menyaksikan BN kembali kukuh.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping