Selasa, September 28, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Dah jadi macam satu trend pula bagi mereka. Apabila ada kepincangan dalam parti sendiri, mereka akan menunding jari menyalahkan UMNO atau Barisan Nasional. Sedangkan kesilapan itu jelas merupakan kelemahan mereka sendiri.

Mungkin ini juga merupakan salah satu diantara sifat - sifat mereka selepas keluar dari UMNO dulu. Sifat - sifat yang diperolehi dari 'Pembersihan' kata mereka. rakyat perlutahu sifat - sifat ini agar ia menjadi renungan buat mereka. Menilai sama ada sifat - sifat ini patut dicontohi dan diteladani.

Dalam kekecohan yang berlaku hujung minggu lalu, didakwa ada unsur - unsur yang dibawa oleh orang luar. Provokasi ini juga dikatakan membuat kacau bilau dan menganggu gugat proses pemilihan semalam. Malah, menurut kata Setiausaha Agung PKR, ia turut didalangi oleh orang luar yang bukan ahli. Siapa orang luar itu, tanya sahabat Semut dalam blog Kedah Ke KL.

Suka - suka hati mereka buat tuduhan. Takkan campurtangan orang luar itu turut melibatkan kertas undi? malah ada yang salah cetak, nama tidak disenaraikan dan sebagainya. Adakah itu juga salah satu antara campurtangan orang luar juga Tuan Setiausaha? Kekalahan ADUN Bukit Lanjan itu pun salah orang luar juga ke? Semut ulangi kata - kata ini, Sudah - Sudahlah Menipu Rakyat.

Selain sifat tidak mengenang budi, sifat tidak boleh terima hakikat, sifat orang lain salah mereka sahaja yang betul dan lain - lain lagi sering menjadi benteng pertahanan terakhir mereka. Apakah mereka ini tidak pernah bermuhasabah diri apabila melihat perkara buruk yang berlaku kepada mereka? tidakkah mereka ini sedar bahawa dalam hidup manusia ini ada khifarah Allah yang perlu dijadikan renungan? Atau adakah hati mereka sudah tertutup dari menerima hidayah dari Yang Maha Esa? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Biasalah tu, jenis spesis Bangau oh Bangau dan Lidah Bewak.

    BalasPadam
  2. hehehehe.....orang bodoh bangang je yang percaya kat bewak bewak ni.....yang baik semua datang dari pkr jubur..yang jahat dari umno ...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping